• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pembinaan Laluan Alternatif Terowong Menora Lulus!

Pembinaan Laluan Alternatif Terowong Menora Lulus!

June 22, 2022 By Wahid Leave a Comment

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN meluluskan cadangan membina jalan pintas (alternatif) untuk melewati laluan Terowong Menora di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Namun, kelulusan itu cuma dari segi prinsip kerana pihak syarikat yang dicadangkan untuk membina laluan tersebut masih belum diputuskan. Sesebuah syarikat itu mestilah mematuhi segala syarat ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

BACA >>> Honda Buka Fasiliti Terowong Angin dengan Kos Lebih RM500j!

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata;

Memang cadangan sebenarnya sudah dibentangkan kepada Kementerian, kita ada bawa ke Kabinet dan secara prinsip sudah diluluskan. Apabila diluluskan secara prinsip, pihak syarikat perlu mematuhi semua prasyarat diletakkan LLM dan juga Kerajaan."

Antara syarat ditetapkan adalah seperti kajian alam sekitar, impak sosial dan trafik.

Bagi memastikan projek tersebut 'viable' (patut) dilaksanakan, perlu melihat bagaimana kos projek itu dan berapa tol dikenakan nanti untuk membayar balik hutang operasi dan sebagainya. Sama ada projek tersebut boleh dilaksanakan atau tidak, hanya dimuktamadkan apabila semua kajian itu selesai dan dibentangkan, sekarang kita sedang menunggu proses ini," kata Fadillah lagi.

Kerajaan Perak juga seudah bersetuju dengan cadangan membina laluan alternatif supaya kenderaan tidak melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini dalam usaha mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, cadangan membina laluan pintas sejauh 64km bermula susur keluar Gopeng melalui Seputih sebelum keluar di Kuala Kangsar itu sudah diluluskan Kabinet bulan lalu.

Laluan Terowong Menora menyaksikan banyak kemalangan sejak lebuh raya PLUS dibuka dengan membabitkan pelbagai jenis kenderaan. Kemalangan paling terbaharu adalah pada 10 Mei lalu yang mengorbankan lima pelajar dalam sebuah kereta akibat dirempuh sebuah lori dari belakang.

BACA >>> Laluan Pintas Gopeng ke Kuala Kangsar Akan Dibina Elak Sesak, Nahas Terowong Menora
BACA >>> 5 Sekawan Pelajar Universiti Rentung, Kereta Terbakar Kemalangan dengan Dua Treler

Related

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Fadillah Yusof, Laluan Pintasan Terowong Menora, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), PLUS, Terowong Menora

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my