• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PERHATIAN!!! Honda Malaysia Panggil Balik 1,527 Unit City, City Hatchback, BR-V dan HR-V!

PERHATIAN!!! Honda Malaysia Panggil Balik 1,527 Unit City, City Hatchback, BR-V dan HR-V!

June 21, 2022 By Han Othman Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia hari ini mengeluarkan notis panggil balik melibatkan model City, City Hatchback, HR-V dan BR-V sebagai langkah keselamatan berjaga-jaga. Berikut butiran mengenai model terjejas:

Panggil balik dibuat berikutan isu berikut:

A. Pemeriksaan Nat Generator Arus Ulang-Alik (ACG)

Panggil balik dibuat bagi memastikan nat diketatkan pada terminal ACG pada abah-abah (harness) enjin. Situasi ini berisiko menyebabkan kontak terminal lemah dan bateri gagal berfungsi yang membawa kepada kegagalan enjin ketika memandu, atau tidak mampu dihidupkan selepas kereta berhenti.

Model terjejas melibat 1,068 unit City (2021) dan City Hatchback (2022).

B. Pemeriksaan Bolt Pembumian

Panggil balik ini dibuat untuk memastikan bolt pembumian diketatkan yang boleh menyebabkan abah-abah wayar longgar. Jika berlaku, kontak terminal akan lemah dan berisiko menyebabkan kegagalan enjin ketika memandu, atau enjin tidak dapat dihidupkan selepas berhenti.

Model terjejas melibatkan 343 unit HR-V (2020), dan 116 unit BR-V (2021).

 

BACA >>> #PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

SURAT NOTIFIKASI AKAN DIHANTAR

Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan dihadapi pemilik kenderaan terlibat dan memberi jaminan semua model jualan dan pengeluaran semasa tidak terkesan dengan isu panggil balik ini.

Setakat ini, tiada sebagai insiden kemalangan atau kecederaan dilaporkan yang berpunca daripada isu panggil balik ini di Malaysia. Honda Malaysia percaya keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan tertinggi, dan akan sentiasa mengamalkan ketelusan dan kawalan ketat buat pelanggannya.

Semua pelanggan terjejas akan dimaklumkan menerusi surat yang akan memuatkan butiran mengenai panggil balik produk. Honda Malaysia menggesa semua pelanggan terjejas supaya menghubungi mana-mana pengedar Honda sah untuk membuat janji temu sebaik saja menerima surat makluman untuk pemeriksaan.

Semua kos pemeriksaan, baik pulih, dan penukaran alat ganti terjejas adalah percuma, dan ditanggung Honda Malaysia sepenuhnya. Pemilik boleh mendapatkan maklumat mengenai status kenderaan masing-masing berhubung isu panggil balik ini dengan menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia 1-800-88-2020.

BACA >>> Risiko Pintu Gagal Buka: Lamborghini Panggil Balik 21 Unit Huracan Evo, STO di AS
BACA >>> Kajian: Toyota Paling Kerap 'Recall' di UK

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda Malaysia, Honda Malaysia Recall, Panggil Balik, Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my