• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Foshan Tawar Tiga Model Streetbike Bajet Gaya 'Yamaha MT', Harga Serendah RM3.2k!

Foshan Tawar Tiga Model Streetbike Bajet Gaya 'Yamaha MT', Harga Serendah RM3.2k!

June 21, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA beberapa pengeluar motosikal China memilih jalan mudah memperkenalkan motosikal baharu menerusi produk klon dengan memplagiat model popular di pasaran, sama ada jenama Jepun atau Eropah.

Terbaharu, Foshan Muci Motorcycles (Foshan) membuat kejutan dengan memperkenalkan Foshan MT yang dipercayai mirip streetbike Yamaha MT-15.

BACA >>> Yamaha MT-15 (2022) Malaysia Kini Berwarna Baharu, Harga RM12.2k!
BACA >>> Klon Ducati Monster, Dayun STS 400C (2022) di Pasaran China, Harga RM17k Sahaja!

Antara rekabentuk Yamaha MT-15 yang dapat dikesan pada Foshan MT adalah gaya badan agresif, lampu projektor LED di tengah dengan padanan lampu siang (DRL) LED. Malah, lekuk badan juga tidak jauh berbeza dengan produk Yamaha itu.

Foshan menawarkan tiga pilihan trenkuasa untuk siri MT itu, iaitu 150cc, 200cc dan 250cc dengan output kuasa mengikut kapasiti enjin seperti berikut:

  • 150cc - 11.39hp, 11.5Nm, kelajuan maksimum 100kmj
  • 200cc - 12.8hp, 13.6Nm, kelajuan maksimum 110kmj
  • 250cc - 16.7hp, 16.5Nm, kelajuan maksimum 125kmj

PERINCIAN

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal penyejukan udara, manakala transmisi klac manual 5-kelajuan untuk varian 150 dan 200 (manual 6-kelajuan untuk MT-250).
  • Dimensi panjang 1,955mm, lebar 740mm, dan tinggi 1,040mm, manakala jarak roda 1,350mm.
  • Berat kering 138kg. Jarak lega bumi 140mm, tinggi pelana 810mm dan kapasiti tangki minyak 11.5 liter.
  • Rim 17 inci dengan tayar 90/90 (depan), 120/80 (belakang).
  • Model 150 dan 200 dilengkapi sistem penghidup tekan dan penendang kaki, manakala varian 250 cuma ada penghidup tekan.
  • Semua siri 'MT China' menggunakan panel meter digital penuh dengan paparan spidometer, odometer, bar petrol dan beberapa maklumat lain.
  • Menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.
  • Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda tanpa Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Foshan MT ditawarkan pada harga asas antara 4,882 yuan-5,885 yuan (RM3,210-RM3,870) untuk pasaran China.

BACA >>> Klon BMW S1000RR Buatan China Ini Cuma Berharga RM8k!
BACA >>> Set Fork USD Honda CBR150R (2021) di Indonesia Harga RM1.2k, Tak Mahal Sangat?
BACA >>> Motosikal Klon Ducati Panigale V4, Streetfighter V4, Sepantas 119kmj!

SUMBER: CCCME | BikeWale | MIC

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Foshan MT-125, Foshan MT-150, Foshan MT-200, Foshan MT-250, Foshan Muci Motorcycles (Foshan), roda2, Yamaha MT-15

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my