• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter EV dari Sepanyol, Silence S01+ Diperkenal di UK, Harga RM36k

Skuter EV dari Sepanyol, Silence S01+ Diperkenal di UK, Harga RM36k

July 12, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ASPEK utama kenderaan elektrik (EV) ialah bunyi yang senyap. Bukanlah tidak berbunyi langsung, masih ada, cuma ia datang daripada motor elektrik ketika sedang beroperasi.

Ini pula produk elektrik Silence, sebuah syarikat dari Sepanyol yang ditubuhkan pada 2012 dan Silence UK pada 2020. Produk diperkenalkan di Britain itu ialah skuter elektrik S01+ dan varian terbaharu daripada model S01 Connected dan S01 Urban.

Walaupun baharu, carian kami di laman web Silence UK menunjukkan sudah ada enam skuter elektrik ditawarkan daripada siri utama S01 dan S02. S01 diasaskan daripada S01 Connected dengan prestasi menyamai motosikal 125cc, dan dilengkapi bateri litium-ion 5.6kWj dan motor elektrik 7.5kW.

Apa menarik mengenai S01+?:

  • Dari segi prestasi, pecutan 0-48kmj memerlukan 3.9 saat, manakala kelajuan maksimum dihadkan kepada 100kmj.
  • Untuk lebih respons, penunggang boleh memilih mod Sport untuk menikmati kelajuan maksimum 110kmj beberapa ketika.
  • Selain pilihan Sport, skuter itu dilengkapi mod City dan ECO, termasuk gear undur.
  • Tempoh mengecas mengambil masa 6-8 jam menggunakan soket 240V standard UK.
  • Dari segi rekabentuk, S01+ nampak menarik dan bergaya dengan bentuk lampu depan bulat dan gaya badan bersegi.
  • Komponen juga hebat seperti suspensi boleh laras, cakera brek Galfer, aksen merah pada rim dan warna badan kelabu Anthracite.
  • Skuter ini dilengkapkan aplikasi peranti pintar Silence dengan fungsi kunci pintar kawalan jauh, status pengecasan dan juga merancang perjalanan melalui GoogleMaps.
  • Diberikan waranti dua tahun dan tiga tahun, khas untuk bateri.
  • Ditawarkan dalam jumlah terhad dan dijual pada harga £6,795 (RM36,610).

Silence mengeluarkan hampir 10 ribu skuter setiap tahun dari kilang di Barcelona dan juga satu-satunya pengeluar motosikal elektrik di Sepanyol. Silence juga satu-satunya syarikat yang merekabentuk dan mengeluarkan bateri sendiri dan Sistem Pengurusan Bateri (BMS).

BACA >>> Skuter Elektrik Yamaha E01 Lakukan Ujian Enduran di Malaysia, Tapi Bukan untuk Dijual?
BACA >>> Syarikat UAE Perkenal e-Skuter Khas untuk Cabaran Timur Tengah, Barq Rena Max (2023)!

Related

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, motosikal elektrik, roda2, Silence, Silence S01+, Silence UK, Skuter EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my