• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Cadangan Lupus Kenderaan Lama Belum Sesuai Dilaksanakan

Menteri: Cadangan Lupus Kenderaan Lama Belum Sesuai Dilaksanakan

June 19, 2022 By Wahid Leave a Comment

366
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, cadangan melupuskan kenderaan berusia lebih 10 tahun belum sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana dasar seperti itu memerlukan kajian terperinci dari segi kesediaan dan kemampuan rakyat.

Beliau berkata demikian berikutan cadangan dibuat pasukan saintis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diketuai Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya UKM, Profesor Dr Rozmi Ismail yang mencadangkan kenderaan berusia lebih 10 tahun dilupuskan bagi menyeimbangkan jumlah kenderaan baharu dan lama atas jalan raya.

BACA >>> Thailand Bakal Lupus Kenderaan Berusia Lebih 20 Tahun

Penyelesaian isu kesesakan di jalan raya kita bukan itu saja (pelupusan kenderaan lebih 10 tahun) kerana ia memerlukan pendekatan holistik dan menyeluruh.

"Jika dasar ini mahu dilaksanakan, kita terlebih dulu perlu ada jaringan pengangkutan sempurna termasuk luar bandar dan kampung, namun ketika ini pun jaringan lengkap projek Transit Aliran Massa (MRT) di Lembah Klang masih belum siap dibina," katanya.

lupus kereta lama

Menurut Ka Siong lagi, ada lebih 34 juta kenderaan berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tetapi hanya 22 juta sahaja yang aktif memperbaharui cukai jalan setakat ini.

Berdasarkan penelitian dilakukan, majoriti 12 juta kenderaan tidak aktif atas jalan raya dan tidak memperbaharui cukai jalan adalah kenderaan lama, terdapat pemilik atau pewaris yang hendak menyimpan nombor pendaftaran kenderaan lama selain hanya menggunakan kenderaan itu di kampung.

Kita ada data, siapa tidak bayar cukai jalan tetapi sistem yang lebih menyeluruh diperlukan bagi mengenal pasti kenderaan aktif dan tidak aktif ini. Kemudian bila sudah ada sistem lengkap, kita akan lihat secara terperinci punca sebenar kenderaan tidak aktif ini.

"Banyak lagi perkara perlu diteliti jika mahu melaksanakan sebarang dasar besar, termasuk pelupusan kenderaan melebihi 10 tahun kerana isu berkenaan cukup kompleks walaupun banyak negara sudah membuat dasar itu, termasuk Singapura.

"Jika hendak dilaksanakan, dasar automotif negara perlu dilihat semula kerana dasar itu menggalakkan pemilikan kenderaan buatan Malaysia," katanya.

BACA >>> Lagi Cadangan Lupus Kereta Lama untuk Atasi Trafik Sesak di KL
BACA >>> #SembangDeras: Inilah 5 Sebab Kenapa Dasar Lupus Kereta Sekadar Sembang!

SUMBER: BeritaHarian

Related

366
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Lupus Kenderaan Lama, Menteri Pengangkutan, Profesor Dr Rozmi Ismail

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev