• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 2 Rakan Borak Maut Dirempuh Saga Terbabas, Diseret 20 Meter

2 Rakan Borak Maut Dirempuh Saga Terbabas, Diseret 20 Meter

June 17, 2022 By Farah Leave a Comment

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DUA rakan yang sedang berbual menemui ajal apabila sebuah kereta Proton Saga terbabas lalu merempuh mereka di di Kilometer 18, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Dungun, Terengganu, semalam.

Kejadian kira-kira jam 5.15 petang, mengakibatkan mangsa, Kamariduan Mohamed, 41, yang merupakan peniaga sayur maut di tempat kejadian, manakala Mohd Rosdi Yaakob, menghembuskan nafas terakhirnya di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, kira-kira 7 petang.

Sebelum nahas, mangsa pertama, Kamariduan dikatakan sedang menunggu bekalan sayur daripada penduduk kampung tersebut. Sementara menunggu, mangsa telah bertemu dengan Mohd Rosdi yang bekerja di sebuah kedai peralatan.

Mereka kemudian berbual berhampiran kedai barangan runcit yang terletak di tepi jalan sebelum tiba-tiba sebuah kereta Saga dari arah AMBS ke Paka dipercayai terbabas ke kiri jalan lalu merempuh kedai tepi jalan tersebut termasuk kedua-dua mangsa.

Sumber polis memaklumkan, rempuhan kuat tersebut menyebabkan mangsa berserta kedai tersebut diseret sejauh kira-kira 20 meter.

Pun begitu, peniaga kedai barangan runcit tersebut selamat memandangkan tiada dalam kedainya kerana telah pulang awal ke rumah pada hari kejadian kerana merasa tidak sedap hati.

Pemandu Saga yang berusia 25 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan dirawat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya. Sementara mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA>>> Dua Maut Dilanggar Lori ketika Tukar Tayar Pancit, Dashcam Jadi Bukti Drebar Laju!
BACA>>> Remaja Maut Digilis Ketika Rakam 'Content' Cuba Tahan Treler Bergerak

SUMBER: Harian Metro

Related

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kemalangan, nahas tepi jalan, rakan berborak tepi jalan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my