• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kelisa Tak Boleh Jadi Daihatsu!

Kelisa Tak Boleh Jadi Daihatsu!

June 16, 2022 By Farah Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEGHAIRAHAN seorang pemilik Perodua Kelisa mengubah suai keretanya menjadi model Daihatsu (Mira Gino) mengundang sesalan apabila ditahan dalam Op Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak, semalam.

Pemilik kenderaan berusia 30-an itu menerima notis arah periksa kenderaan untuk tindakan selanjutnya atas kesalahannya tersebut. Dalam operasi jam 8 malam itu, seramai 87 pegawai dan anggota, termasuk polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Perak turut terlibat.

Operasi turut menyaksikan sebuah kereta Perodua Myvi disita kerana gagal memperbaharui cukai jalan sejak dua tahun lalu.

BACA >>> 11 Pengeluar Automobil Jadikan Haiwan Sebagai Nama Kereta

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, dalam tempoh dua jam sebanyak 312 kenderaan diperiksa dan 121 pemilik diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

Operasi ini dijalankan dengan mensasarkan pelbagai jenis kenderaan yang meliputi kesalahan peraturan jalan raya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1959.

"Kita melihat kepada kesalahan seperti lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM), penggunaan lampu depan jenis pelepasan intensiti tinggi (HID) putih, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan cermin gelap," katanya.

Mohammad Yusoff turut memberitahu sebanyak 205 notis dikeluarkan dengan notis P22, iaitu notis arah periksa, mencatatkan bilangan tertinggi, 142 notis, manakala 23 notis di bawah PG1 iaitu larangan penggunaan kenderaan dan 40 notis Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu notis arah periksa kenderaan telah dikeluarkan.

Mengikut statistik,  JPJ mengeluarkan 32,658 notis saman hingga Mei lalu, berbanding 2021 (46,586 saman), berkurangan 28.3 peratus.

Dalam operasi malam tadi, AADK turut menjalankan ujian saringan air kencing yang menunjukkan tiga individu positif dadah. Polis juga mengeluarkan 10 saman atas pelbagai kesalahan.

Mohammad Yusoff turut mengingatkan pemegang empat jenis Lesen Memandu Malaysia (LMM) iaitu Lesen Belajar Memandu (LDL), Lesen Memandu Percubaan (PDL), Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Vokasional (PSV/GDL) supaya memperbaharui lesen memandu masing-masing sebelum 30 Jun ini.

BACA>>> Perodua Kelisa Trevis - Biru Itu Seksi
BACA>>> Pemandu Myvi Maut Terbabas Rempuh Kelisa Dinaiki Pasangan Warga Emas

op-jpj-perak-1
op-jpj-perak-2
op-jpj-perak-3
op-jpj-perak-4
op-jpj-perak-5

SUMBER: SinarHarian

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Daihatsu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, kelisa, Op Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, polis, Sekatan Jalan Raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev