• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Berlanggar Ketika Undur, Netizen Cakap Dua-Dua Pemandu Tak Salah!

Kereta Berlanggar Ketika Undur, Netizen Cakap Dua-Dua Pemandu Tak Salah!

June 16, 2022 By Farah Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU video dua kereta merah mengundur dan berlanggar sesama sendiri di satu kawasan parkir membuatkan netizen tidak kering gusi.

Insiden yang jarang dapat dilihat itu menimbulkan tanda tanya netizen  yang hairan bagaimana dua kereta itu saling tidak perasan satu sama lain ketika sedang mengundur. Apatah lagi kereta moden hari ini semestinya mempunyai sensor undur.

BACA >>> Wanita Mengaku Tak Bersalah Langgar Penunggang Basikal Di 'New Zealand Malaysia'
BACA >>> #Videotomotif: Inilah 5 Sebab Perodua Axia Sesuai untuk Pemandu Wanita

Lebih mencuri tumpuan ketika melihat gerangan pemandu yang keluar dari kereta masing-masing kerana kedua-duanya ialah wanita. Sempat pula netizen berjenaka kedua-dua pemandu itu tidak bersalah dalam isu tersebut.

Lega pula hati bila tengok yang pemandunya kedua-dua perempuan... Perempuan tak pernah salahkan....," kata Azli Razali.

"Sama-sama pompuan. Jadi sama-sama tak salah. Jalan raya tu yang salah. JKR Malaysia sila lebarkan jalan ni," kata Abni Ayob.

"Percayalah.. Dia balik rumah.. dia salahkan laki dia masing2.. Sebab laki dia tak pasang reverse camera belakang," kata Zack Zakhiri.

"Nasib la perempuan dengan perempuan jadi tak dak siapa yang salah... Kereta yang ada dashcam ni yang salah kenapa rakam 😂😂," kata Ahlia Az.

"Saya tak nampak apa-apa kesalahan lepas 2 driver keluar....," tulis Aish Shami.

Memandangkan kedua-duanya kereta berwarna sama, mungkin masing-masing keliru agaknya. Nampaknya, dalam kes ini mengikut pendapat netizen, kedua-dua pemandu tidak bersalah😜.

BACA>>> Video Rider Langgar Lampu Isyarat Melayang Bak 'Superman'
BACA>>> Kalau Sudah Suka Sangat, Ayah Hadiahkan Lori untuk Anak Perempuannya

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dashcam, kemalangan, kereta undur kemalangan, pemandu perempuan, Pemandu Wanita, video lucu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev