PENDUDUK di satu kawasan perumahan dikejutkan dengan kepulan asam tebal berikutan depoh simpanan kenderaan terpakai terbakar di Jalan Bendahara, Kampung Temiang, Ipoh, Perak, pagi semalam.
Insiden berlaku kira-kira jam 10.30 pagi yang menyebabkan sekurang-kurangnya 120 unit kenderaan termasuk, kereta peronda polis hangus terbakar.
Kebakaran itu awalnya disedari pekerja depoh berkenaan S Raju, 26, dari jauh yang kemudian bergegas menghubungi bomba. Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dikerahkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.
Anggaran kemusnahan 80 peratus melibatkan kereta potong (scrap car), tetapi tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku. Operasi penyelamat berakhir jam 1.34 tengah hari yang dibantu Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru, Pasir Pinji dan Menglembu.
BACA>>> 5 Sekawan Pelajar Universiti Rentung, Kereta Terbakar Kemalangan dengan Dua Treler
BACA>>> #ApaNakBuat: Tip Cegah Kereta Terbakar yang Perlu Anda Tahu
SUMBER: AstroAwani
Leave a Reply