• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Malaysia Bakal Miliki Pusat Pengalaman Pemanduan Pertama Asia Tenggara!

Malaysia Bakal Miliki Pusat Pengalaman Pemanduan Pertama Asia Tenggara!

June 14, 2022 By Farah Leave a Comment

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MALAYSIA bakal memiliki fasiliti pengalaman pemanduan, Pusat Pengalaman Pemanduan (Driving Experience Centre, DEC) pertama di Asia Tenggara di Sepang.

Menurut Litar Antarabasang Sepang (SIC), projek DEC adalah salah satu komponen dalam Pelan Strategik Perniagaan unjuran lima tahun SIC yang diluluskan Lembaga Pengarah SIC pada 2014.

Menurut kenyataan SIC;

Geran projek DEC ini diperuntukkan Kerajaan Malaysia melalui bajet Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12). Akhirnya, kerja pembinaan projek ini dapat dimulakan bulan ini.

"Fasiliti ini dibangunkan atas tanah berkeluasan 28 hektar dan dijadikan langkah seterusnya untuk pembelajaran berterusan pemandu di Malaysia supaya lebih mahir mengendalikan kenderaan dengan penyediaan fasiliti dan rintangan seperti Handling Circuit 1.5KM, Skid Circle, Hydraulic Skid Plate dan Dynamic Staging Area yang pasti dapat menguji kecekapan pemandu dan kebolehan kenderaan mereka."

Selain itu, DEC turut menawarkan produk seperti Prestasi Pengalaman Pemanduan, Kursus Pemanduan Keselamatan dan Penyewaan Fasiliti.

Majlis Pecah Tanah DEC disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal yang berlangsung di
Litar Kart Antarabangsa Sepang (SIKC).

Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Ti Lian Ker, Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Mahathir; Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Tan Sri Azman Yahya, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif.

Azhan Shafriman berkata, litar utama akan menumpukan acara perlumbaan, manakala litar DEC lebih kepada aspek kemahiran dan keselamatan pemanduan. Keterangan lanjut boleh hubungi Perhubungan Media SIC di [email protected].

BACA>>> Aksi Pembukaan MotoGP 2023 Bukan di Qatar, Pindah ke Sepang?
BAC>>> Volkswagen ‘Track Day’ Meriah - Deruman Enjin dan Letupan Ekzos di Litar Sepang

Related

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, DEC, Driving Experiance Centre, litar, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Pusat Pengalaman Pemanduan (DEC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my