• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isteri Tak Beli Motosikal, Suami Jerut Leher Guna Wayar Elektrik

Isteri Tak Beli Motosikal, Suami Jerut Leher Guna Wayar Elektrik

June 14, 2022 By Farah Leave a Comment

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DEK kecewa tidak dibelikan motosikal, seorang suami tergamak membunuh isterinya di Rejang Lebong dalam wilayah Bengkulu, Indonesia.

Mangsa, Amelina Efriyanti, 31, maut akibat dijerut wayar elektrik di rumah kediaman mereka, 3 Jun lalu. Memetik laporan portal Kompas, polis memaklumkan insiden berlaku apabila suspek, dikenali sebagai KO, 33, bergaduh dengan isteri mengenai perihal kewangan rumahtangga mereka.

Suspek juga meminta mangsa membelikan motosikal sejak dua bulan lalu kerana malu masih tiada kenderaan dua roda itu. Namun, mangsa tidak dapat menunaikan perminta kerana menyatakan dia perlu membayar hutang mereka.

Turut dilaporkan suspek berhutang Rp500,000 (RM150) dan memerlukan Rp2.5 juta rupiah (RM750) daripada mangsa untuk membeli motosikal.

Tertekan masalah dihadapi, mangsa bertindak mengambil wayar elektrik yang tergantung di ruang depan rumah dan melilitkannya di leher sendiri sambil berkata, "Daripada makan hati, lebih baik saya bunuh diri".

Suspek yang marah bertindak menarik wayar elektrik itu dan menyentak kuat hingga menjerut leher mangsa. Mangsa meninggal dunia akibat tercekik. Selepas mendapati isterinya tidak bernyawa, suspek dikatakan menangis sebelum berjerit meminta tolong. Suspek juga sempat melarikan diri sebelum akhirnya menyerahkan diri kepada polis.

BACA>>> Diserang Sekumpulan Lelaki, Penarik Kereta Maut Ditetak di Klang
BACA>>> Polis Buru Dua Lelaki Warga Singapura Kencing di Pokok

SUMBER: Kompas 

Related

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bunuh sebab motosikal, Indonesia, motosikal, suami nak motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev