• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha X-Force (2022) dengan Enjin NVX Bakal Lancar di Jepun, Harga RM12.9k!

Yamaha X-Force (2022) dengan Enjin NVX Bakal Lancar di Jepun, Harga RM12.9k!

June 13, 2022 By Shawkath Leave a Comment

391
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA mengumumkan skuter terbaharu X-Force (2022) di Jepun yang berkongsi beberapa persamaan dengan model NVX 155 pada ialah 396,000 yen (RM12,995), termasuk cukai.

X-Force (2022) dibangunkan berasaskan konsep 'Master of Street Scooter' dengan fokus binaan untuk tunggangan harian ke tempat kerja atau sekolah tanpa menjejaskan aspek keselesaan dan kemudahan penggunaan.

Berikut perinciannya:

  • Ada empat pilihan warna, termasuk dua warna standard:
    • Matt Dark Grayish Leaf Green Metallic (hijau kusam)
    • Matte Dark Purplish Blue Metallic (biru kusam)
    • Blueish White Pearl (putih)
    • Black metallic X (hitam)
  • Semua varian dijangka memasuki pasaran Jepun bermula 28 Jun ini.
  • Trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155CC SOHC penyejukan cecair dengan teknologi injap variabel BlueCore VVA dan SMG (Generator Motor Pintar) dan teknologi suntikan bahan api (FI) yang menawarkan kuasa 14.7hp @ 8,000rpm dan tork 14Nm @ 6,500rpm.
  • Transmisi jenis automatik CVT dengan tali sawat.
  • Dimensi panjang 1,895mm, lebar 760mm, dan tinggi 1,120mm, manakala jarak lega bumi 125mm, dan jarak roda 1,340mm.
  • Tinggi pelana 815mm, berat 130kg dan kapasiti tangki petrol 6.1 liter.
  • Rim aloi 13 inci dengan tayar 120/70 (depan), 130/70 (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal hidraulik 267mm untuk roda depan dan 230mm belakang, serta dipadankan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Fork teleskopik (depan), set absorber kembar (belakang). Ruang simpanan bawah pelana 23.2 liter.
  • Lampu utama terpisah dengan mentol halogen, manakala lampu belakang jenis LED.
  • Dilengkapi teknologi kawalan traksi (TC) untuk mengelakkan insiden roda tergelincir.
  • Telefon pintar boleh disambungkan dengan aplikasi Y-Connect.
  • Menggunakan sistem kunci konvensional.

BACA >>> Yamaha Aerox 155 Connected (2021) Serba Baharu Lancar di Indonesia, Harga Mula RM7.2k
BACA >>> Lampu HID Terlalu Terang Punca Kemalangan? Wajarkah Diharamkan?
BACA >>> Lambretta G350 Special (2022) Lancar di Eropah, Harga Mula RM33.9k!

SUMBER: YamahaMotorJapan

Related

391
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Master of Street Scooter, roda2, Skuter 155cc, Yamaha Japan, Yamaha X-Force (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my