• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kena Penampar Sebab Tak Bagi Duit Kopi, Anggota Polis, Tentera Hadap Saman Mahkamah

Kena Penampar Sebab Tak Bagi Duit Kopi, Anggota Polis, Tentera Hadap Saman Mahkamah

June 10, 2022 By Farah Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pemandu Toyota Hilux mendakwa dikasari anggota polis dan tentera kerana enggan menghulurkan 'duit kopi' ketika ditahan di Gua Musang, pada Jun tahun lalu.

Pemandu itu, Mohd Safwan Omar, 33, menfailkan saman di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu, semalam bagi menuntut ganti rugi akibat ditampar, ditengking dan cuba disepak.

Mohd Safwan selaku plantif menamakan:

  • Anggota polis, Koperal Mohammad Safuan Jamaluddin sebagai defendan pertama.
  • Anggota tentera, Koperal Mohd Zawawi Ab Rahman sebagai defendan kedua.
  • Pegawai Penyiasat, Inspektor Kamarulzaman Rafli  sebagai defendan ketiga.
  • Ketua Polis Daerah Gua Musang  sebagai defendan keempat.
  • Panglima Angkatan Tentera sebagai defenden kelima.
  • Kerajaan Malaysia sebagai defendan keenam.

Menurut peguam cara plaintif, Shaharuddin Mohamed, insiden berlaku pada jam 6.15 pagi, 27 Jun 2020 ketika plaintif memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux bersama isteri, Farrah Wahida Mohd dan anak yang membawa sebuah motosikal milik abangnya di ruang but belakang.

Plantif ketika itu sedang memandu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Aring, Gua Musang.

Namun di Bandar Utama Gua Musang, plaintif mendakwa defendan pertama dan kedua yang menaiki kereta peronda polis berhenti dan mempersoalkan status motosikal dibawa sebelum ditunjukkan geran.

Defendan pertama menyatakan plaintif melanggar lampu isyarat merah dan mengeluarkan buku saman serta menyuruh plaintif bertanya kepada defendan kedua yang kemudian meminta ‘duit kopi’ dengan plaintif," katanya.

Permintaan itu tidak dapat dipenuhi plaintif yang memberitahu tiada wang. Malah, disuruh meminta wang daripada isteri yang juga tidak dapat diberikan. Susulan itu, defendan kedua menuduh plaintif bersikap kurang ajar dan menampar kuat bahagian kiri muka plaintif, termasuk mengarahkan plaintif duduk di tayar belakang kenderaannya.

Defendan pertama kemudian menengking dan bertindak seperti hendak menendang plaintif serta mengetuk pintu cermin mengarahkan isteri plaintif keluar, tetapi isteri enggan kerana ketakutan selain anak mereka sedang tidur.

Plaintif turut mendakwa defenden pertama bercakap kasar kepada isterinya dengan mengugut membawa mereka ke balai polis. Geram tidak dapat 'duit kopi', defendan pertama mengeluarkan saman trafik terhadap plaintif kerana kesalahan tidak patuh lampu isyarat merah.

Sementara itu, hasil pemeriksaan Hospital Gua Musang mendapati plaintif mengalami kecederaan tisu di bahagian kiri muka.

Plaintif, yang juga seorang peniaga, memohon penghakiman terhadap semua defendan berupa ganti rugi am atas kecederaan, ganti rugi teladan dan teruk di atas tindakan menampar bahagian muka plaintif sehingga kecederaan yang teruk.

Ganti rugi khas, faedah atas jumlah penghakiman pada kadar lima peratus setahun dikira dari tarikh writ saman difailkan hingga tarikh penghakiman dan faedah atas jumlah penghakiman pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman hingga ke tarikh penjelasan sepenuhnya, kos guaman atau perintah yang mahkamah fikirkan patut dan adil,"  kata Shaharuddin.

BACA>>> Walaupun Tak Pakai Helmet, Akak Motor Kekal Tenang Siap Cekak Pinggang Depan Polis
BACA>>> Pemandu BMW Langgar Lari Penunggang Rupanya Warga Emas

SUMBER: SinarHarian

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, hilux, Kompleks Mahkamah Kota Bharu, polis, polis minta duit kopi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
    BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: Apakah Maksud Istilah Pada Label Botol Minyak Enjin?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud Istilah Pada Label Botol Minyak Enjin?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev