• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakar: Jumlah Kenderaan Malaysia Lebih Banyak daripada Penduduk, Setahun Tambah 1 Juta!

Pakar: Jumlah Kenderaan Malaysia Lebih Banyak daripada Penduduk, Setahun Tambah 1 Juta!

June 10, 2022 By Wahid Leave a Comment

431
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUMLAH kenderaan di Malaysia disahkan melebihi jumlah penduduk negara ini, menurut pakar keselamatan jalan raya. Berdasarkan data tahun lalu, ada 33.3 juta kenderaan berdaftar seluruh negara berbanding 32.6 juta penduduk. Namun faktanya, bukan setiap penduduk pada semua peringkat umur boleh memandu.

Daripada jumlah itu, 47.3 peratus ialah kereta, 46.6 peratus (motosikal), 4.7 peratus (kenderaan pembawa barang). Selain itu ialah kenderaan jenis bas, teksi, kenderaan sewa dan lain-lain. Jumlah kenderaan dikatakan bertambah hampir sejuta unit setiap tahun bermula 2019. Sebagai perbandingan, pertambahan penduduk hanya sekitar 300,000 hingga 400,000 orang setiap tahun.

Data ini didedahka pakar pengangkutan, Prof Dr Kulanthayan KC Mani dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurutnya, inilah sebab kesesakan lalu lintas dalam negara semakin tenat. Contohnya, kesesakan tinggi bukan saja ketika musim perayaan, tetapi juga hari biasa dan hujung minggu. Ada pengguna mendakwa mengambil masa hingga lapan jam walaupun hanya memandu dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Kesesakan trafik juga bertambah teruk selepas Malaysia berubah kepada fasa endemik pada 1 April tahun ini.

Beliau berkata;

Jumlah kenderaan terlalu tinggi sekarang. Kita akan mengalami kesesakan trafik lebih 'mengerikan' jika trend penambahan kenderaan 1,000,000 unit setiap tahun ini berterusan.

"Memang kebiasaan trafik menjadi sesak pada musim perayaan dan waktu puncak, tetapi keadaan bertukar menjadi lebih tenang selepas itu. Namun situasi sekarang tidak menampakkan perubahan. Kita berharap akan reda. Jika tidak, tidak boleh disangkal lagi kesesakan ini berpunca daripada terlalu banyak kenderaan dalam negara."

Sebab Pertambahan Kenderaan

Menurut Dr Kulanthayan, yang juga Pengerusi agensi bukan kerajaan (NGO) Global Alliance of NGOs for Road Safety, situasi itu ialah kesan daripada pendemik Covid-19 kerana kerajaan Malaysia memperkenalkan skim pengecualian cukai jualan dan servis untuk pembelian kenderaan sebagai sebahagian pekej rangsangan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), dan dilanjutkan hingga 30 Jun ini.

Beliau juga berpendapat walaupun skim itu tindakan yang wajar dalam usaha menolong industri automotif negara, ia sebenarnya 'menggoda' lebih ramai membeli kenderaan baharu yang tidak diperlukan, ataupun mengambil kesempatan menaik taraf kepada kereta baharu.

Selain itu, pendemik turut menyebabkan ramai kehilangan mata pencarian dan mereka yang terkesan terpaksa membuat lebih satu pekerjaan. Justeru terpaksa memandu ke sana sini setiap hari dalam jangka masa lebih lama. Misalnya pemandu bas dan van sekolah. Ramai kalangan mereka mendapat pekerjaan baharu dan tidak lagi menghantar pelajar ke sekolah, sekali gus membuatkan lebih ramai ibu bapa anak masing-masing ke sekolah.

Begitu juga kesulitan dihadapi pengguna pengangkutan awam, misalnya Transit Aliran Massa (MRT) yang kerap rosak bulan lalu.

Penyelesaian Masalah Trafik

Keputusan Kerajaan membina lebih banyak lebuh raya dan menambah laluan jalan sedia ada sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan trafik. Sebaliknya mengundang lebih ramai pengguna membeli kenderaan persendirian selepas melihat lebih banyak jalan kosong.

Pertambahan laluan akan menyebabkan pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan mendadak bagi memasuki jumlah laluan yang berkurangan di depan, sekali gus menjejaskan kelancaran trafik.

Kerajaan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti pengangkutan rel dan perkhidmatan pengangkutan pengantara. Perkhidmatan pengangkutan rel pun lebih selamat.

"Sepatutnya perkhidmatan rel tiada masalan ketepatan masa, dan tidak berdepan masalah trafik, menghilangkan stres berbanding memandu, serta meningkatkan produktiviti. Pengguna perkhidmatan itu juga tidak perlu mencari parkir. Statisktik yang kami kumpul untuk 30 tahun menunjukkan terdapat sangat sedikit kematian melibatkan bas. Contohnya, kemalangan bas hanya 0.04 peratus berbanding jumlah kematian akibat kemalangan trafik tahun lalu."

Dr Kulanthayan juga berharap lebih ramai majikan dapat membenarkan pekerja bekerja daripada rumah. Ini kerana pekerja yang terperangkap dalam kesesakan trafik akan stres dan lesu yang menjadi punca produktiviti rendah.

Jika bekerja dari rumah suatu solusi yang berjaya ketika pendemik dahulu, kenapa tidak diteruskan saja?" katanya.

SUMBER: NST

Related

431
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jumlah Kenderaan Malaysia, Kesesakan Trafik Malaysia, Prof. Dr. Kulanthayan KC Mani

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev