• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu BMW Langgar Lari Penunggang Rupanya Warga Emas

Pemandu BMW Langgar Lari Penunggang Rupanya Warga Emas

June 10, 2022 By Farah Leave a Comment

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU rakaman kamera pemuka (dashcam) memaparkan insiden seorang penunggang motosikal dilanggar lari sebuah BMW dekat Plaza Tol Seremban-Labu, baru-baru ini.

Dalam rakaman itu, penunggang motosikal jenis Honda CRF 250 dihimpit dan dilanggar pemandu BMW yang mengubah laluan secara mendadak ke kiri jalan sebelum melarikan diri.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 8.35 pagi itu menyebabkan penunggang motosikal tersebut hilang kawalan dan terjatuh. Klip video itu mengundang kemarahan netizen yang mengecam pemandu BMW sebagai tidak bertanggungjawab dan memandu secara berbahaya.

Dala perkembangan terbaharu, polis mendakwa penunggang motosikal dan pemandu BMW sudahpun tampil membuat laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurut polis, insiden itu berlaku ketika penunggang motosikal berusia 44 tahun itu melepasi lorong motosikal sebelum dirempuh BMW dipandu lelaki berusia 78 tahun yang menukar haluan dari lorong tol RFID untuk membelok ke Jalan Bukit Nenas.

Mangsa mengalami kecederaan ringan pada tangan kanan dan kaki kanan, manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

BACA>>> Penunggang, Pembonceng Jatuh Ketika Bantu Tunda Motor Rosak, Mujur Tak Kena Langgar
BACA>>> Netizen Sebak Tengok Wanita Teresak Menangis Atas Motor, Entah Apa Ujian Dihadapi

SUMBER: Utusan, NegeriSembilanKini

Related

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BMW, Dashcam, kemalangan motor, Langgar Lari

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
    BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev