• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Proton X70 (2022) Facelift Lancar dengan Opsyen Trenkuasa dan AWD, Harga Mula RM93k!

Proton X70 (2022) Facelift Lancar dengan Opsyen Trenkuasa dan AWD, Harga Mula RM93k!

June 9, 2022 By Shawkath Leave a Comment

258
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON melancarkan model X70 MC1 (minor change) yang menerima beberapa pembaharuan luaran dan perubahan mekanikal untuk pasaran tempatan.

Ada lima varian X70 (2022) versi facelift ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa dan sistem pacuan roda berbeza, iaitu roda depan (FWD) dan semua roda (AWD). Berikut perinciannya:

VARIAN DAN HARGA

Proton X70 2022 - 6
Proton X70 2022 - 14

Lima varian ditawarkan tahun ini membabitkan empat model dengan trenkuasa 1.5L TGDi dan satu varian berasaskan enjin 1.8L TGDi.

  • 1.5L Standard 2WD - RM93,900
  • 1.5L Executive 2WD - RM105,500
  • 1.5L Executive AWD - RM111,300
  • 1.5L Premium 2WD - RM117,900
  • 1.8L Premium 2WD - RM121,800

TRENKUASA

  • Trenkuasa 3-silinder sebaris 1.5L TGDi DOHC DVVT 4-injap setiap silinder, sama seperti enjin X50.
  • Kapasiti enjin 1,477cc itu menawarkan kuasa 174hp dan tork 255Nm yang dibina di kilang Proton Tanjung Malim.
  • Enjin 1.8L TGDi dengan output kuasa 181hp dan tork 300Nm ditawarkan untuk varian perdana.
  • Opsyen enjin 1.5L bertujuan memenuhi kehendak pasaran yang mahukan kenderaan lebih efisien bahan api di kawasan bandar. Enjin baharu ini jimat 7 peratus berbanding varian 1.8L, manakala kadar cukai jalan lebih murah.
Proton X70 2022 Trenkuasa - 0
Proton X70 2022 Trenkuasa - 1
  • Ada tambahan pengedap bonet tebal untuk mengurangkan kesan getaran enjin 1.5L.
  • Penutup enjin daripada jenis lembut luaran dan dalaman yang bukan daripada plastik keras . Tujuannya, mengurangkan kesan getaran dan bising enjin 1.5L.
Proton X70 2022 - 31
Proton X70 2022 - 29
  • Sistem transmisi kedua-dua varian masih jenis dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan opsyen manual, dan tiga mod pemandu: Eco, Sport dan Normal.
  • Sebelum ini, X70 cuma hadir dalam satu pilihan enjin, 1.8L TGDi.

SISTEM PACUAN

Proton X70 AWD 2022 - 0
Proton X70 AWD 2022 - 1
  • Proton menawarkan kembali sistem pacuan semua roda (AWD) untuk varian 1.5L Executive.
  • Sebelum ini, sistem AWD hanya ditawarkan untuk X70 versi import (CBU), dan dihentikan untuk model pemasangan tempatan (CKD).

WARNA

X70 (2022) facelift ditawarkan dalam pilihan warna Snow White (putih), Armour Silver (perak), Jet Grey (kelabu), Ruby Red (merah), Cinnamon Brown (coklat) dan Space Grey (kelabu) yang berbeza mengikut varian.

REKABENTUK DAN KABIN

Proton X70 2022 - 10
Proton X70 2022 - 20
  • X70 (2022) facelift ini menerima kemasan hitam kuarza pada bampar depan dan belakang, manakala rim aloi 17 inci hingga 19 inci (baharu). Bahagian cermin sisi kini hitam.
Proton X70 2022 - 11
Proton X70 2022 - 21
  • Ruang bumbung dengan pilar-A dan -B dalaman kabin kini dihitamkan.
  • Ada sensor kaki untuk memudahkan pengguna membuka but belakang, manakala kerusi kulit Nappa kini menerima lapisan utama hitam baharu.
  • Masih hadir dengan sistem arahan suara 'Hi PROTON' untuk mengawal operasi tingkap, penyaman udara dan akses navigasi atas talian.
Proton X70 2022 - 23
Proton X70 2022 - 27
  • Sistem audio dengan sembilan pembesar suara dan subwufer, serta ada enam port USB.
  • Ciri keselamatan terdiri daripada enam beg udara SRS, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Sistem Pemantau Tekan Tayar (TPMS) dan kamera 360º dengan paparan tiga dimensi (3D).
Proton X70 2022 - 2
Proton X70 2022 - 5
Proton X70 2022 - 9
Proton X70 2022 - 6
Proton X70 2022 - 14
Proton X70 2022 - 3
Proton X70 2022 - 8
Proton X70 2022 - 7
Proton X70 2022 - 4
Proton X70 2022 - 10
Proton X70 2022 - 13
Proton X70 2022 - 12
Proton X70 2022 - 11
Proton X70 2022 - 20
Proton X70 2022 - 23
Proton X70 2022 - 21
Proton X70 2022 - 22
Proton X70 2022 - 25
Proton X70 2022 - 26
Proton X70 2022 - 27
Proton X70 2022 - 28
Proton X70 2022 - 29
Proton X70 2022 - 30
Proton X70 2022 - 31

Related

258
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton X70 (2022), Proton X70 MC1, Roda4, SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev