• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Apa Terjadi Kalau Tertekan Punat Tekan-Mula?

#Videotomotif: Apa Terjadi Kalau Tertekan Punat Tekan-Mula?

January 4, 2017 By Han Othman Leave a Comment

223
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APA akan berlaku jika anda tertekan punat tekan-mula (push-start) ketika sedang memandu? Laman Facebook, AutoVlog menerusi satu video YouTube cuba merungkaikan situasi yang tidak mustahil berlaku itu dan mungkin selalu bermain di fikiran anda sebelum ini.

Ujian dilakukan menggunakan model sedan, Ford Fusion. Berdasarkan apa dilakukan hos AutoVlog dalam video di bawah, kereta yang dipandu perlahan - di bawah 10kmj - akan berhenti beroperasi apabila punat tekan-mula ditekan. Sama situasi seperti anda memulas kunci kereta konvensional untuk mematikan enjin.

Bagaimanapun, apabila dipandu dalam kelajuan lebuh raya - mencecah kelajuan 80kmj ke atas - perkara sama tidak akan berlaku. Ini bermakna, enjin kereta anda tidak akan dimatikan begitu saja hanya kerana tertekan atau sengaja menekan punat tekan-mula.

BAGAIMANA PULA MATIKAN ENJIN JIKA KECEMASAN?

https://www.autoguide.com/images/content/2013-Ford-Fusion-main_rdax_646x396.jpg
Namun, apa pula perlu dilakukan jika anda memang perlu mematikan enjin kereta disebabkan situasi kecemasan seperti terotel tersekat atau insiden lain? Menurut jawapan AutoVlog, anda perlu menekan punat tekan-mula sekurang-kurangnya 3 saat untuk mematikan enjin jika sedang memandu dalam kelajuan normal atau laju.

AutoVlog turut mengingatkan bahawa ujian dilakukan itu hanya membabitkan model Ford, dan dia tidak tahu sama ada pengeluar automobil lain menawarkan ciri keselamatan sama atau sebaliknya. Walaupun hasilnya mungkin berbeza, tetapi sekurang-kurangnya anda tahu bahawa jenama Ford ada menyediakan ciri punat tekan-mula yang pintar bagi model-modelnya.

Paling penting, jangan sesekali mencuba aksi tersebut di kawasan jalan raya yang digunakan ramai orang. Ingat!

SUMBER: AutoVlog

Related

223
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Ford, Ford Fusion, tertekan punat tekan-mula ketika memandu, tip automobil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev