• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Wanita Mengaku Tak Bersalah Langgar Penunggang Basikal Di 'New Zealand Malaysia'

Wanita Mengaku Tak Bersalah Langgar Penunggang Basikal Di 'New Zealand Malaysia'

June 7, 2022 By Farah Leave a Comment

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEORANG ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini atas tuduhan memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengorbankan nyawa seorang penunggang basikal di Jalan Temiang-Pantai, pada 1 Jun lalu.

Tertuduh, Munirah Stapah@Salleh, 26, yang bekerja sebagai pegawai penyelidik membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya  di hadapan Majistret, Intan Syafinaz Roslin.

Dalam pertuduhan itu, tertuduh melakukan kesalahan tersebut di Jalan Temiang-Pantai atau sinonim dengan gelaran New Zealand Malaysia sekitar jam 8.25 pagi hingga menyebabkan penunggang basikal, Khalid Mohd. Isa, 72, maut.

Atas kesalahan itu, Munirah didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM50,000 dan boleh juga dipenjara antara lima hingga 10 tahun.

Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden M. Shanmugavel meminta mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dan menggantung lesen memandu tertuduh sehingga kes selesai. Pun begitu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar diberi ikat jamin yang rendah memandangkan suaminya bekerja di tempat lain dan masih menyusu anak kecil.

Majistret membenarkan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menggantung lesen memandu tertuduh. Kes disebut semula 21 Jun ini.

BACA>>> Berhenti di 'New Zealand Malaysia', 17 Pengguna Lebuh Raya Temiang-Pantai Kena Saman!
BACA>>> Nahas Pertama Lebuh Raya 'New Zealand Malaysia', Penunggang Basikat Maut Dilanggar Axia

SUMBER: Kosmo

Related

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: jalan temiang-pantai, Lebuh Raya New Zealand Malaysia, mahkamah, Penunggang Basikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my