• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Langgar 9 Kereta Memang Sawan, Bukan Mabuk!

Pemandu Langgar 9 Kereta Memang Sawan, Bukan Mabuk!

June 7, 2022 By Wahid Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU diserang sawan hingga melanggar sembilan kenderaan dan menyebabkan enam cedera dalam insiden di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, Melaka Jumaat lalu disahkan tidak mabuk.

Siasatan awal polis mendapati sembilan kenderaan yang dilanggar sedang berhenti di lampu isyarat merah Taman Chiptaco, depan sebuah pasar raya sebelum pemandu BMW berusia 38 tahun mengalami sawan hingga tertekan pedal minyak.

BACA >>> Lelaki Kesal Pemandu Waja Sawan Terbiar Pagi Hingga Petang Kerana Disyaki Mabuk

Serangan itu menyebabkan kereta dipandunya meluru ke depan dan melanggar beberapa kenderaan mangsa di depannya. Dia kemudian mengalami sawan kali kedua dan sekali lagi tertekan pedal serta melanggar beberapa kenderaan lain.

Pemandu disahkan mengalami sawan dan bukan mabuk atau di bawah pengaruh dadah seperti didakwa netizen dalam video perlanggaran yang tular di media sosial.

Mangsa cedera ialah enam pemandu dan penumpang kenderaan berumur antara 20 dan 72 tahun. Salah seorang pemandu, wanita berumur 20 tahun mengalami cedera patah hidung. Pemandu BMW itu turut cedera, dan semua cedera dirawat di Hospital Melaka.

Selain BMW, sembilan kenderaan lain dilanggar ialah dua Perodua Myvi, Honda Jazz, Perodua Kenari, Perodua Viva, Perodua Alza, Toyota Corolla Altis, Nissan Frontier dan Proton Persona. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Remaja Mabuk Pandu M5 Lebih 240kmj, Langgar Mati 6 Sekeluarga Hadapi Tuduhan Bunuh
BACA >>> Tennesse Wajibkan Pemandu Mabuk Sara Kewangan Anak Mangsa Hingga Umur 18 Tahun

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, Kemalangan Melaka, Pemandu BMW Kena Sawan, Pemandu Sawan, Sawan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • Modenas Elit 150S 2025 Lancar Sempena Rai Ulang Tahun ke-30, Harga RM7,877
    Modenas Elit 150S 2025 Lancar Sempena Rai Ulang Tahun ke-30, Harga RM7,877

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev