• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Brek, Mercedes-Benz Panggil Balik Hampir 1 Juta Kenderaan

Masalah Brek, Mercedes-Benz Panggil Balik Hampir 1 Juta Kenderaan

June 7, 2022 By Wahid Leave a Comment

331
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-Benz akan memanggil balik hampir sejuta kenderaan jenama itu di seluruh dunia disebabkan risiko masalah sistem brek.

Pengeluar kenderaan mewah itu mengesahkan panggilan balik tersebut dalam kenyataan kepada AFP berikutan kenayataan Pihak Berkuasa Pengangkutan Jerman (KBA) pada 4 Jun lalu dalam media negara berkenaan. Pengumuman panggil balik itu melibatkan kenderaan keluaran antara 2004 dan 2015 untuk kelas ML, GL dan minivan mewah R-Class.

BACA >>> Isu Panggil Balik Sarung Tangan, Alpinestars GP Plus Tidak Dijual di Malaysia!
BACA >>> Isu Brek Parkir Tiba-Tiba Bebas: Hyundai Panggil Balik Ioniq 5, Kia EV6

KBA berkata, dalam kes tertentu, hakisan pada buster brek berpotensi mengakibatkan sambungan antara pedal brek dan sistem brek terjejas yang boleh menyebabkan brek berhenti berfungsi.

Menurut KBA, jumlah terkesan melibatkan 993,407 unit kenderaan, termasuk sekitar 70,000 di Jerman. Keputusan panggil balik itu dibuat berdasarkan analisis terhadap laporan kerosakan terpencil sesetengah kenderaan.

Dalam kes hakisan teruk yang jarang berlaku, ada kemungkinan penggunaan brek kuat boleh merosakkan buster brek, dan mengganggu fungsi brek.

Kempen panggil balik itu akan dimulakan segera dengan menghubungi pemilik kenderaan terkesan untuk memeriksa sistem brek dan menukar komponen terjejas jika perlu. Mercedes-Benz juga  menasihatkan pemilik kenderaan terkesan supaya tidak memandu kenderaan mereka hingga selesai diperiksa.

Kempen panggil balik itu sebenarnya bermula di Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan Mei tahun ini, melibatkan kira-kira 290,000 unit kelas kenderaan sama. Difahamkan hakisan dikesan apabila unit kenderaan tersebut terdedah kepada kandungan wap tinggi. Panggil balik itu kemudian menjadi kempen seluruh dunia.

BACA >>> Lawak!!! Mercedes Cucuk Ambulans, Sekali Kena Jeling Abang Polis

Related

331
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mercedes-benz, Panggil Balik, Panggil Balikm, Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my