• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelumba British Maut Perlumbaan Isle of Man TT

Pelumba British Maut Perlumbaan Isle of Man TT

June 10, 2022 By Wahid 1 Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pelumba yang mengambil bahagian dalam perlumbaan Isle of Man TT (IOMTT), Mark Purslow maut dalam pusingan kelayakan keempat.

Walaupun hanya perlumbaan IOMTT kedua peribadi, itu kali keempat pelumba British itu berlumba di litar TT Mountain Course. Kemalangan berlaku pada lap ketiga ketika dia baharu saja mencatatkan lap terpantas peribadi dengan purata kelajuan 194.5 kmj (120.86mph).

Pelumba dalam IOMTT mencatatkan kelajuan purata berbanding perlumbaan di litar lain.

Purslow, 29, menunggang kali pertama di litar itu pada 2015 dalam perlumbaan Manx Grand Prix dan memenangi kelas Lightweight Race dalam percubaan pertama. Dia turut berlumba dalam kelas Classic TT pada 2016, 2018 dan 2019.

Seperti biasa, perlumbaan IOMTT tahun ini diteruskan walaupun berlaku kemalangan maut. Seramai 259 pelumba sudah terbunuh di litar tersebut (untuk pelbagai perlumbaan) sejak berlangsung pada 1907.

Litar IOMTT melibatkan trek jalan awam yang ditutup untuk perlumbaan setiap tahun dengan jarak 60.718km (37.70 batu) setiap lap, dan mempunyai 219 selekoh. Setiap pelumba diwajibkan mengharungi 6 lap dalam kelas motosikal besar seperti Seniors TT, dan pelumba akan melakukan hentian pit untuk menukar tayar dan mengisi minyak.

Rekod litar dipegang Peter Hickman yang menunggang jentera BMW S 1000 RR pada tahun lalu dengan kelajuan purata 217.99kmj dan masa terpantas 16 minit, 42.778 saat.

BACA >>> Perancis Lancar BMW S1000RR Isle of Man Edisi Khas, Harga RM163k!
BACA >>> Trailer Game 'TT Isle of Man: Ride on the Edge' Didedahkan, Bakal Lancar Mac 2018!

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, isle of man tt, Isle of Man TT (IOMTT), Kemalangan Trek, Mark Purslow

Comments

  1. FRED says

    June 24, 2022 at 8:02 PM

    AWESOME...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev