• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mangsa Terkial-Kial Buka Pintu, Saksi Kemalangan Tengok Je...

Mangsa Terkial-Kial Buka Pintu, Saksi Kemalangan Tengok Je...

June 3, 2022 By Farah Leave a Comment

768
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TERKIAL-kial cuba keluar dari kenderaan, itulah cuba dilakukan satu keluarga yang cuba melepaskan diri apabila Proton Saga dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Apa menyedihkan, tiada yang datang membantu dan saksi kemalangan hanya datang melihat dan merakamkan video. Lebih mengecewakan, ada juga sempat mengeluarkan sebatang rokok untuk menghisap sambil menyaksikan 'panorama' nahas tersebut.

Dalam video tular itu, keluarga tersebut didapati cedera dan terperangkap dalam kereta selepas terbabit perlanggaran dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (MPV) Toyota Alphard.

Pemandu dan penumpang dilihat cuba membuka pintu kereta, tetapi tidak berjaya. Si perakam pula sekadar melaporkan kejadian itu sambil meminta orang sekeliling menghubungi panggilan kecemasan.

Kemalangan dilaporkan berlaku di Jambatan Kuning, Mukah, Sarawak. Video dikongsikan di laman Facebook Ehailing.fm itu mengundang kecaman netizen disebabkan sikap tidak prihatin ditunjukkan orang ramai, terutama perakam video.

Tolong la mangsa tu dulu.. Sibuk sangat nak buat video ni pasal apa...," kata Bentara Guru.

"Eh geram pulak aku dengan yang buat video ni..... ingat dapat job ke jadi wartawan tu 😡😡😡," kata Juliana Dali.

"Punyalah ramai kt situ cuma jadi CCTV je. Bantulah apa yang patut, pintu kiri tu boleh buka. Keluarkanlah dulu mangsanya. Short wiring tak pasal-pasal.," kata Ejam Nijam.

Namun, ada juga berpendapat tindakan mengeluarkan mangsa boleh merisikokannya nyawa mangsa jika tidak berkemahiran.

Eksiden mcm ni kita tak boleh suka-suka keluarkan mangsa (kecuali terbakar).. Sebab kita tak tahu step untuk angkat mangsa kemalangan. Takut kita bawak mangsa keluar terjadi apa-apa kecederaan yang tak sepatutnya berlaku," kata Eyang Ajung.

BACA>>> Dua Maut Dilanggar Lori ketika Tukar Tayar Pancit, Dashcam Jadi Bukti Drebar Laju!
BACA>>> Kereknya Dia!!! Letak Tong Sampah Tengah Jalan Tak Nak Kereta Lalu Lalang Depan Rumah

Related

768
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, Mukah, Saga, saksi kemalangan, Sarawak, Toyota Alphard

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev