• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nur Fatihah - Inilah Satu-Satunya Pelumba Perempuan SIC Ohvale Junior Championship 2022!

Nur Fatihah - Inilah Satu-Satunya Pelumba Perempuan SIC Ohvale Junior Championship 2022!

June 2, 2022 By Shawkath Leave a Comment

748
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NUR Fatihah Balqis Mohd Fauzi, satu-satunya peserta perempuan yang menyatakan kesediaan berdepan 10 pelumba lelaki dalam saingan SIC Ohvale Junior Championship (2022).

Pelumba celik berumur 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan Seri Mahkota di Kuantan, Pahang itu akan bersaing dalam kategori 110cc di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.

BACA >>> FIM MiniGP Malaysia Series Musim Ketiga Mula 4 Jun, Sabtu Ini!
BACA >>> FIM MiniGP Malaysia Series Platform Cungkil Bakat Baharu Sukan Permotoran

Sekadar perkongsian, SIC Ohvale Junior Championship ialah program sokongan FIM MiniGP Malaysia Series yang  disertai pelumba berumur 8 hingga 11 tahun.

Nur Fatihah berkata;

Saya tak sabar berlumba Sabtu dan Ahad ini. (Saya) tak rasa kekok sangat (bersaing dengan lelaki) kerana pernah bermain pocket bike dengan (pelumba) lelaki. Rasa takut itu ada tetapi sikit saja.”

Dia turut menyatakan tidak berdepan sebarang masalah sepanjang menjalani sesi latihan sebagai persediaan saingan minggu ini. Bercerita mengenai pembabitkan dalam sukan bermotor, Nur Fatihah menyatakan aktiviti itu bermula dengan menunggang pocket bike berkapasiti 50cc.

Minat timbul selepas melihat beberapa rakan bermain pocket bike dan mendapat sokongan keluarga khususnya bapa untuk menyertai saingan lebih serius.

(Menceburi sukan berlumba) Bermula dengan pocket bike sejak umur 8 tahun. Keluarga dan rakan-rakan memberi sokongan dan meminta (saya) untuk buat yang terbaik.”

Nur Fatihah berkata, dia pernah memenangi perlumbaan pocket bike di tempat ketiga dengan pelumba lelaki. Apabila ditanya tentang idola dalam sukan permotoran, Fatihah menjawab:

(Valentino) Rossi kot.”

BACA >>> Projek Honda Mokoku 模刻 - Bikin Miniatur Ikonik Jadi Pocketbike

Related

748
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: FIM MiniGP Malaysia Series, Nur Fatihah Balqis Mohd. Fauzi, Sekolah Kebangsaan Seri Mahkota, SIC Ohvale Junior Championship

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev