• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / FIM MiniGP Malaysia Series Musim Ketiga Mula 4 Jun, Sabtu Ini!

FIM MiniGP Malaysia Series Musim Ketiga Mula 4 Jun, Sabtu Ini!

June 2, 2022 By Shawkath Leave a Comment

153
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEJUARAAN FIM MiniGP Malaysia Series musim ketiga akan membuka tirai perlumbaan Pusingan 1 pada 4-5 Jun ini di Litar Kart Antarabangsa Sepang.

Seramai 15 peserta dan seorang peserta simpanan akan bersaing yang masing-masing berusia 10 hingga 14 tahun, dan dipilih dalam sesi saringan Februari lalu.

BACA >>> FIM MiniGP Malaysia Series Platform Cungkil Bakat Baharu Sukan Permotoran

Musim ini menyaksikan satu kategori sokongan, iaitu SIC Ohvale Junior Championship yang diadakan sekali membabitkan barisan peserta berumur 8 hingga 11 tahun, juga disaring dan dipilih sama seperti sesi pemilihan FIM MiniGP Malaysia Series pada Februari tahun ini.

Apa menarik, kategori sokongan SIC Ohvale Junior Championship turut disertai peserta perempuan Fatihah Balqis, 11, dari Pahang (foto atas).

Sebagai makluman, MAM, SIC dan ZK Racing optimis meneruskan kejuaraan kali ini yang menyaksikan juara 2020, Hakim Danish Ramlee melangkah ke saingan peringkat antarabangsa seperti Asia Talent Cup (2021/2022) dan European Talent Cup (2021/2022). Hakim Danish juga pernah menaiki podium beberapa kali dalam dua kejuaraan tersebut.

Kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series ialah kejuaraan diiktiraf FIM dan Dorna Sports selaku penganjur Kejuaraan Dunia MotoGP, yang juga program Road to MotoGP disertai 16 negara seluruh dunia.

BACA >>> "Pelumba Macam Hakim, Satu dalam Sejuta"

Setiausaha Agung MAM, Muizz Azli berkata;

MAM amat berbesar hati kerana kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series akan memulakan perlumbaan Pusingan 1 pada 4 dan 5 Jun ini. Ia sedikit berlainan tidak seperti tahun sebelumnya kerana diadakan luar kawasan Selangor.

“Perlumbaan tahun ini dijangka lebih mencabar kerana berlangsung di beberapa litar luar kawasan Selangor. Ia menjadi pengalaman baharu untuk pelumba dan penganjur perlumbaan.

“Seperti tahun sebelumnya, dua pelumba dengan mata tertinggi keseluruhan akan menempahkan tiket ke FIM MiniGP World Series yang dijangka diadakan pada 1 hingga 3 November tahun ini di Valencia, Sepanyol sempena perlumbaan terakhir MotoGP.

“MAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada KBS dan SIC kerana terus memberi sokongan kepada FIM MiniGP Malaysia Series dan kami berharap pada masa depan lebih banyak bakat muda seperti Hakim Danish (Juara SIC MiniGP 2020), Farres Putra (Juara FIM 2021), Emir Idzhar (Naib Juara FIM 2021) dan Farish Hafiy (ketiga FIM 2021).”

BACA >>> FIM MiniGP Malaysia: Tiga Pelumba Negara ke Valencia, Farres Paling Cemerlang

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berkata;

Musim baharu, semangat baharu dan beberapa penambahbaikan dibuat untuk meningkatkan lagi pembangunan sukan permotoran negara (dua roda). Pejam celik, musim 2022 ialah tahun ketiga program dianjurkan dan diharap akan terus berkembang maju di samping melahirkan pelumba pelapis bermutu tinggi.

“Kami juga amat berbangga tahun ini kerana dapat mencungkil pelumba cilik perempuan pertama, Fatihah Balqis dalam kategori SIC Ohvale Junior Championship 110cc. Pusingan 1 akan bermula hujung minggu ini, dan diharapkan pelumba cilik akan lebih kompetitif dan menimba ilmu perlumbaan sebaiknya.”

BACA >>> Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP Tiba September Ini, RM48k, 46 Unit Sahaja!

Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, buat kali pertama dalam dua tahun kebelakangan ini, kejuaraan berlangsung tanpa kawalan ketat prosedur operasi standard (SOP) seperti musim 2020 dan 2021.

Menurutnya;

Saya berharap lebih ramai peminat dan penyokong hadir memberi sokongan kepada pelumba cilik dan siri kejuaraan ini. Untuk kejuaraan kali ini, kami masih mengekalkan suasana seperti sebelum ini.

“Tetapi dari segi perkembangan pelumba, kami akan cuba perbanyakkan latihan intensif dan tahun ini juga saya sangat teruja kerana kejuaraan ini berlangsung di luar SIC dan ini cabaran baharu untuk kami menganjurkan serta cabaran untuk pelumba.

“Kami harap dapat melahirkan pelumba cilik berkualiti untuk ke peringkat antarabangsa dan seterusnya.”

SENARAI BARISAN PELUMBA

BACA >>> Kajian: Satu Pertiga Penunggang UK Tidak Mahu Motosikal Elektrik
BACA >>> 5 Tip Mudah Senggara Motosikal, Nombor 3 Selalu Penunggang Ambil Ringan
BACA >>> Aksi Pembukaan MotoGP 2023 Bukan di Qatar, Pindah ke Sepang?

Related

153
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Azhan Shafriman Hanif, Dorna Sports S., Fatihah Balqis, FIM, FIM MiniGP Malaysia Series (2022), Hakim Danish Ramlee, Muizz Azli, Road to MotoGP, SIC Ohvale Junior Championship, Zulfahmi Khairuddin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my