• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isu Panggil Balik Sarung Tangan, Alpinestars GP Plus Tidak Dijual di Malaysia!

Isu Panggil Balik Sarung Tangan, Alpinestars GP Plus Tidak Dijual di Malaysia!

June 3, 2022 By Wahid Leave a Comment

277
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU-baru ini tersiar berita Kesatuan Eropah (EC) mengarahkan sarung tangan Alpinestars GP Plus dipanggil balik kerana mempunyai bahan Kromium (VI) yang didapati boleh menyebabkan kanser atau alahan kulit. Malah, EC turut melarang sarung tangan itu dijual serta-merta.

Kes itu disahkan Alpinestars yang berpangkalan di Itali, tetapi model disahkan mempunyai kandungan bahan itu ialah versi warna hitam-putih sahaja.

Kami sudah menghubungi pengimport dan pengedar barangan Alpinestars sah di Malaysia, Sinar Puncak Sdn Bhd untuk mendapatkan pandangan. Apa dimaklumkan wakil pengedar rasmi itu tidak mengimport sarung tangan Alpinestars GP Plus ke Malaysia dalam apa-apa warna.

Apa dijual ialah model GP Plus R V2, iaitu model sarung tangan versi lebih baharu (lihat foto bawah).

Pada masa sama, Sinar Puncak juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi kepada pengedar dan penjual barangan Alpinestars sah mengenai isu berkenaan. Bagaimanapun, memo itu tidak dapat dikongsikan kerana dokumen dalaman.

Jadi, pembeli sarung tangan Alpinestars yang diimport sah Sinar Puncak tidak perlu bimbang dengan isu yang melanda pembeli di Eropah. Namun, jika membeli sarung tangan tersebut secara atas talian atau dari luar negara, anda disarankan supaya tidak memakai sarung tangan tersebut atas risiko kesihatan.

Penggunaan garam chromium (III) hydroxide sulfate ialah kaedah memproses kulit haiwan kepada barangan kulit konsumer seperti kasut dan beg. Selain itu produk seperti serbuk pencuci, mancis, pewarna pakaian tentera berwarna hijau juga mempunyai bahan Cr(III).

Related

277
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Panggil Balik, Recall, Sarung Tangan Alpinestars

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my