• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Eropah Panggil Balik Sarung Tangan Alpinestars GP Plus, Ada Kimia Punca Alahan, Kanser

Eropah Panggil Balik Sarung Tangan Alpinestars GP Plus, Ada Kimia Punca Alahan, Kanser

June 2, 2022 By Shawkath Leave a Comment

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SURUHANJAYA Eropah (EC) pada 26 Mei lalu mengeluarkan notis panggil balik keselamatan untuk produk sarung tangan Alpinestars GP Plus kerana didapati mengandungi bahan tinggi Kromium VI.

Notis amaran itu mendedahkan bahan berkenaan boleh menyebabkan tindak balas alahan dan boleh menyebabkan penyakit kanser.

Bagaimanapun, notis panggil balik itu cuma membabitkan satu siri sarung tangan Alpinestars GP Plus hitam-putih keluaran 2015 dengan nombor siri OA86990 dan nombor model 3556513-12.

Panggilan Balik Sarung Tangan AlpineStar - 0
Panggilan Balik Sarung Tangan AlpineStar - 1

Nombor siri keluaran terpamer pada tag kecil belakang tag penjagaan seperti foto di bawah ini: * bukan produk terlibat tetapi sekadar menunjukkan kedudukan tag.

EC mengarahkan sarung tangan terlibat ditarik balik dari jualan serta-merta kerana masih ada penjual menawarkan produk itu secara atas talian. Malah agensi itu juga melarang produk tersebut digunakan dalam pemasaran dan mesti dipanggil balik segera.

Regulasi semasa Eropah untuk bahan kimia disebutkan  adalah dihadkan kepada 3mg per kg untuk sentuhan kulit. Undang-undang Jerman pula membenarkan sifar mg. Sebaliknya, sarung tangan terjejas Alpinestar didapati mengandungi bahan kimia mencecah 17mg per kg!

LATAR BELAKANG KROMIUM

  • Kromium III lazimnya digunakan dalam proses mengubah kulit haiwan menjadi material kulit.
  • Dalam kondisi tertentu, proses itu boleh mengoksida dan bertukar menjadi kromium VI yang menyebabkan alahan kulit dan mendatangkan risiko kanser.
  • Risiko ancaman penyakit itu dinyatakan beberapa agensi kesihatan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (AS) dan Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AS.
  • Sarung tangan Alpinestars GP Plus didapati ‘terkeluar daripada pematuhan’ regulasi Eropah, REACH (Registration, Evaluation, Authorization, and Restriction of Chemicals).

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Bau Kereta Baharu yang Perlu Anda Tahu, Bukan Aromaterapi!
BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Perkara Perlu Ambil Kira Sebelum Beli Superbike Terpakai

Panggilan Balik Sarung Tangan AlpineStar - 0
Panggilan Balik Sarung Tangan AlpineStar - 1
Alpinestar Panggilan Balik

SUMBER: Bennetts | RideApart

Related

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, Alpinestars GP Plus, Glove keselamatan, Glove motosikal, roda2, Sarung tangan, Sarung Tangan Penunggang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev