• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Misteri Dua Remaja Hilang Terjawab, Ditemui Mati dalam Alphard Selepas 4-5 Hari

Misteri Dua Remaja Hilang Terjawab, Ditemui Mati dalam Alphard Selepas 4-5 Hari

June 2, 2022 By Farah Leave a Comment

239
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TEKA-teki kehilangan dua remaja beberapa hari lalu terjawab apabila mayat kedua-duanya ditemui dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard di parkir bangunan kediaman di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Ahad lalu.

Kedua-dua mangsa ialah lelaki dan wanita warga tempatan berusia 19 tahun.

Terdahulu, polis menerima laporan daripada keluarga mangsa di Klang dan Shah, Alam, Selangor mengenai kehilangan dua mangsa pada 23 dan 24 Mei lalu selepas masing-masing gagal dihubungi.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, polis mendapat maklumat mengenai penemuan mayat itu kira-kira jam 8.26 malam sebelum ke lokasi kejadian.

Di lokasi, mayat gadis itu ditemui di kerusi penumpang depan, manakala mayat lelaki di tempat duduk belakang. Hasil pemeriksaan badan di lokasi kejadian didapati tiada unsur jenayah. Namun, polis percaya kedua-duanya meninggal dunia antara empat atau lima hari sebelum ditemui.

Buat masa ini siasatan awal mendapati, Alphard itu sudah berada lima hari di kawasan tersebut dan ketika ditemui enjin MPV itu tidak dihidupkan. Difahamkan, mereka bukan penduduk residensi berkenaan. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berdekatan.

Sebagai makluman, salah seorang mangsa ialah penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), manakala seorang lagi bakal memasuki sebuah maktab perguruan. Kedua-duanya ada hubungan sebagai rakan.

BACA>>> Pengetua Tadika Terlupa, Budak 3 Tahun Maut Tertinggal 5 Jam dalam Kereta
BACA>>> Ingatkan Tidur, Dua Remaja Ditemui Maut Berbaring dalam Kereta

SUMBER: PahangDaily

Related

239
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: alphard, Auto Terkini, Mati Mengejut, maut dalam MPV, Mayat dalam kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my