BOON Siew Honda melancarkan fun bike Honda MSX125 ke pasaran tempatan pada awal Disember tahun lalu. Malaysia agak lewat sebenarnya membawa masuk model tersebut jika dibandingkan Thailand yang memperkenalkannya beberapa tahun lebih awal.
Malah, penerimaan penunggang motosikal di negara Gajah Putih itu terhadap Honda MSX125 boleh dikatakan memberangsangkan, ditambah pula terdapat beberapa tawaran fun bike daripada jenama pesaing lain.
Dalam usaha meningkatkan populariti model Honda MSX125 yang baru saja dilancarkan, Boon Siew Honda menawarkan pilihan aksesori menarik buat pemilik motosikal genit itu. Peliknya, pengedar rasmi jenama Honda di negara ini tidak nampak begitu teruja mahu menghebahkan tentang tawaran aksesori berkenaan. Sekadar ditayangkan dalam laman web rasmi Boon Siew Honda.
PELBAGAI PILIHAN
Pengenalan aksesori itu dilihat sebagai satu usaha melariskan populariti Honda MSX 125 yang juga menjadi pesaing kepada Kawasaki Z125 Pro dan Benelli TNT 135. Ada sebanyak 32 jenis aksesori untuk dipilih dan dipasangkan.
Antara aksesori pilihan ditawarkan bermula daripada pemijak kaki hingga kepada penutup radiator, bar pelindung blok silinder, pelekat grafik badan dan lencana krom MSX. Selain itu, pemilik juga ditawarkan pemegang kunci, nat tiub angin, bar hendal, set skru, pengimbang bar hendal, penstabil fork depan dan pelindung ekzos.
Berikut ialah perincian 32 senarai aksesori bersama harga (termasuk GST):
Yusry says
Dimana saya boleh order barang2 H2C untuk honda MSX SF?