• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Risau Terlajak Laju? Ford Kaji Sistem Tetapan Had Laju Automatik!

Risau Terlajak Laju? Ford Kaji Sistem Tetapan Had Laju Automatik!

June 21, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SETIAP jalan raya dan lebuh raya mempunyai had kelajuan. Tinggal lagi perasan atau tidak, dan disiplin tinggi untuk pengguna mematuhinya.

Ada pemandu yang langsung tiada niat hendak memandu melebihi had kelajuan, tetapi sedar-sedar saja sudah kena saman. Bagaimanakah jika suatu masa nanti ada teknologi yang mampu mengehadkan kelajuan kereta secara automatik?

BACA >>> Had Laju 30kmj, 50kmj Kawasan Terpilih KL Mula September ini?
BACA >>> MIROS Sediakan Konsep Had Laju 30kmj Sekitar KL untuk DBKL



Ford kini sedang menguji teknologi kenderaan terhubung (connected vehicle) menggunakan ciri geobatas (geofencing). Justeru mungkin suatu hari nanti kita langsung tidak memerlukan papan tanda had laju. Maknanya, tanpa papan tanda had laju pun kenderaan boleh diperlahankan secara automatik.

Ini juga bermakna jalan raya akan jadi lebih selamat buat pengguna lain seperti pejalan kaki dan penunggang basikal. Teknologi tersebut dinamakan sistem Kawalan Had Kelajuan Geobatas (Geofencing Speed Limit Control, GSLC) Ford yang menggunakan fungsi GPS dan pertukaran data.

Statistik di beberapa negara Eropah merekodkan lebih 29 peratus kematian jalan raya melibatkan pejalan kaki dan penunggang basikal. Penguatkuasaan zon halaju 30 kmj dilihat sebagai langkah utama bagi mengurangkan risiko terhadap pejalan kaki di kawasan bandar. Had laju itu memberikan lebih masa kepada pemandu untuk mengambil tindakan selain impak kelajuan yang lebih rendah.

Bercakap mengenai teknologi, Ford sebenarnya sudah membangunkan sistem Bantuan Kelajuan Pintar (iSA) dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi Henti-Mula (Start-Off) bagi memastikan pemandu tidak memandu melebihi had kelajuan.

Sistem GSLC dikatakan lebih fleksibel dan berkesan berbanding sistem dalaman (on-board). Pada masa depan, ia mungkin digunakan dalam model kenderaan penumpang dan komersial Ford.

Bagaimana sistem GSLC Ford berfungsi?

  • Pasukan saintis menggunakan Ford E-Transit di zon 30kmj di Cologne, Jerman dan beberapa zon lain dengan had kelajuan 50kmj dan 30kmj di bandar tersebut.
  • Pasukan saintis menganalisis kesan daripada mengehadkan kelajuan dari segi menambah baik aliran trafik dan mengurangkan risiko kemalangan.
  • Ujian dilakukan adalah kerjasama antara divisyen Keterlibatan Bandar Ford, pihak perbandaran Cologne dan Aachen, serta jurutera perisian Ford di Palo Alto, Amerika Syarikat.

  • Bersama rakan sekerja di Aachen, jurutera di Palto Alto membangunkan teknologi yang menghubungkan kenderaan dengan sistem geobatas untuk pengesanan GPS dan pertukaran data.
  • Pemandu menerima maklumat melalui isyarat pada papan pemuka yang memaparkan had kelajuan semasa. Kemudian kenderaan akan diperlahankan secara automatik mengikut kelajuan zon geobatas yang dimasuki.
  • Bergantung keadaan, pemandu boleh menyah aktif sistem tersebut dan had kelajuan pada bila-bila masa.

Pada masa depan, sistem sistem GSLC Ford boleh digunakan pemandu untuk membuat tetapan zon geobatas peribadi pada kelajuan serendah 20kmj di lokasi tertentu seperti depot, kawasan sekolah, perumahan dan sebagainya.

Selain fungsi di atas, Ford juga menggunakan teknologi geobatas dalam Ford Transit Custom PHEV yang berfungsi mengaktifkan mod pemanduan elektrik ketika memasuki zon emisi rendah. Secara ringkas, sistem had laju geobatas memudahkan pemandu yang tercari-cari papan tanda had kelajuan.

Jadi selepas ini, tidak perlu pun tercari-cari kelibat papan tanda had laju sebab sistem akan menetapkan kelajuan kereta anda secara automatik!

BACA >>> Rumah Tiada Elektrik? Ford F-150 Lightning (2022) Boleh Bantu Cas Sampai 3 Hari!
BACA >>> VelociRaptor 600 - Ford F-150 Raptor dengan Kuasa 600hp, 0-100kmj Sepantas 4.2 Saat!

Related

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Ford, Ford Geofencing Speed Limit Control, Geofencing Speed Limit Control (GSLC), Kawalan Had Kelajuan Geobatas, Sistem Had Laju Automatik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my