• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: KTM Uji Model 390 Rally?

#Spyshot: KTM Uji Model 390 Rally?

May 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM rancak membangunkan rangkaian motosikal kapasiti kecil khususnya silinder tunggal termasuk generasi baharu 390 Duke yang pernah dikesan sebelum ini.

Bagaimanapun, ada satu model gaya rali dikesan buat kali pertama yang nampaknya paling ekstrem dalam siri satu silinder KTM.

BACA >>> #Spyshot: KTM Lakukan Uji Enduran 390 Adventure Enduro yang Lebih Lasak
BACA >>> KTM RC 390 (2022) Lancar di India, Harga RM17.7k!

Berdasarkan laporan, casis dan silinder tunggal itu adalah unit baharu yang digunakan dalam siri generasi baharu Duke. Ada banyak prototaip menggunakan komponen sama dikesan sekitar kilang KTM di Mattighofen, Austria.

Trenkuasa sama mungkin digunakan untuk beberapa model bermula siri 125cc hingga 400cc, khususnya buat penunggang baharu di Eropah dalam kelas A2.

Frem jenis keluli tubular dijangka digunakan untuk barisan model KTM Duke dan Adventure, termasuk Husqvarna, generasi baharu Svartpilen dan Vitpilen selain dua model elektrik, KTM e-Duke dan Husqvarna e-Pilen.

Setakat ini, hanya e-Pilen sudah ditayangkan secara rasmi, tetapi pasti mengambil masa sedikit sebelum model pengeluaran dikeluarkan. Apa yang jelas, KTM masih membangunkan platform modular untuk kegunaan pelbagai model masa depan.

Jadi, apa model yang dikesan kali ini? Ini mungkin model rali versi generasi baharu 390 Adventure dan ada kemungkinan menggunakan warna merah untuk diselit dalam barisan model GasGas.

BACA >>> #Spyshot: Varian Ketiga, KTM 890 Adventure S (2023) Dikesan Diuji

Model dalam foto intip itu memiliki gaya seperti KTM 450 Rally Factory Replica yang dapat dilihat pada bentuk lampu utama jenis bertingkat, fender depan dan ventilator udara. Prototaip itu juga menggunakan swingarm baharu yang belum pernah dilihat. Rekabentuk ‘banana’ meningkatkan ruang lega bumi berbanding Duke generasi baharu.

Rim digunakan jenis DID DirtStar 21 inci untuk roda depan dan 18 inci di belakang, manakala set suspensi semestinya jenama WP. Ada sekurang-kurangnya dua prototaip dikesan yang salah satu memiliki panel badan lebih lengkap, menandakan itu mungkin unit pengeluaran.

SUMBER: CycleWorld

Related

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Foto Intip, KTM, KTM 390 Adventure Rally (2023), KTM 450 Rally Factory Replica, Mattighofen, roda2, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev