SELAIN model replika MyBi, ada lima model replika lain yang dibina daripada bongkah plastik mirip LEGO dengan mengambil ilham model kompak Perodua Myvi sebagai asas. Jelas dapat dilihat kreativiti dan karakter serba boleh yang dimiliki model yang 'satu' itu.
Model itu terdiri daripada kenderaan off-road, kereta terbang, kereta kebal, robot futuristik dan jentera menuai tanaman. Berikut perincian setiap model yang dipamerkan di Pusat Beli-Belah Publika sehingga Ahad ini.
1. MyBI ATV (kenderaan off-road)
Replika kereta seragam putih-merah-hitam-kelabu ini menggunakan empat unit tayar blok saiz besar. Ada gandar dan rod syaf kustom, juga daripada bongkah plastik. Bahagian bumbung siap rel dan empat lampu sorot tambahan.
2. MyBi Tank (kereta kebal)
Berwarna coklat cair dengan lampu utama jingga dan roda rantai seperti kereta kebal. Ada bendera Malaysia dipamer di sisi badan. Ruang cermin depan sebelah penumpang menempatkan serombong meriam. Juga ada turet mesingan atas bumbung yang boleh dipusingkan 360º.
3. MyBi Rocket (kapal angkasa)
Replika model kompak ini ditambah sepasang sayap, sistem ekzos roket dan ekor pesawat. Juga ada dua strip hitam atas bonet depan, termasuk bendera Malaysia di sayap kanan dan teks 'MY' (Malaysia) di sayap kiri. Cermin depan kelihatan pelekat lesen L dan cukai jalan Malaysia.
4. MyBi Tractor (mesin tuai padi)
Model putih-hitam mengingatkan kita kepada Toyota Sprinter Trueno GT-APEX (AE86) dalam animasi Initial D. Bezanya, bonet depan berwarna putih tanpa sebarang teks di sisi pintu. Sistem suspensi lebih tinggi dengan paip ekzos besar sebelah kanan.
Bahagian depan dipasang mesin menuai dan mengasingkan hasil tuaian. Juga kelihatan kepala lembu menjengah keluar tingkap belakang kereta.
5. MyBi Robot (robot mirip Bumblebee)
Diilhamkand berasaskan MyBi Kereta Serba Boleh. Robot kuning bermata biru itu dibina dengan aksi berjalan atas tangga. dengan sebelah mengendong seekor lembu jantan coklat, manakala tangan kanan mengheret sofa biru. Kenapa lembu jantan?
Leave a Reply