• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Tiada Turbo, Tiada Transmisi Manual untuk Perodua Alza Serba Baharu!

Tiada Turbo, Tiada Transmisi Manual untuk Perodua Alza Serba Baharu!

May 26, 2022 By Shawkath 1 Comment

9.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA Alza generasi baharu mungkin dilancarkan ke pasaran tempatan seawal bulan depan. Berdasarkan apa dikongsikan portal PaulTan, termasuk beberapa sumber dalaman, dapatlah dikongsikan maklumat mengenai kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan kod projek D27A itu.

Bagaimanapun, tiada tarikh tepat mengenai tarikh pelancaran Alza serba baharu itu. Apa diketahui, Perodua sudah mengarahkan wakil pengedar mengeluarkan semua unit pandu uji Alza lama dari bilik pameran.

BACA >>> CEO Perodua: Alza Generasi Baharu Masuk Pasaran Tahun Ini!
BACA >>> CEO Perodua: Pengeluaran Alza Akan Dihentikan Menjelang April 2022

Malah wakil pengedar juga diminta supaya bersedia menerima model baharu yang mana arahan dikeluarkan sejak 16 Mei lalu. Desas-desus mengatakan tarikah pelancaran 26 Jun depan, dan siaran media akan diedarkan seawal 15 Jun.

TIADA TRANSMISI MANUAL, TIADA TURBO?

Maklumat diperoleh mengatakan tiga varian diperkenalkan, iaitu:

  • Varian asas: 1.5L X CVT
  • Varian pertengahan: 1.5L H CVT
  • Varian premium: 1.5L AV CVT

Bagaimanapun, sumber kami  mengatakan kod varian seperti rajah di atas adalah tidak tepat. Semua model juga dikatakan tidak menggunakan trenkuasa 3-silinder 1.0L Turbo seperti Ativa, sebaliknya enjin aspirasi natural (NA) 1.5L dengan transmisi automatik CVT. Nampaknya, Perodua tidak lagi menawarkan kotak gear manual.

Bagaimanapun, masih bukan maklumat akhir yang betul-betul dapat disahkan.

BACA >>> Usia Alza Sudah 160 Tahun, Model Serba Baharu Muncul Tahun Depan?

LIMA WARNA PILIHAN

  • Alza akan hadir dalam lima warna: satu warna solid dan empat pilihan metalik.
  • Antara pilihan warna, ialah Ivory White (putih solid), Glittering Silver (perak) dan Elegant Black (coklat) untuk semua varian. Warna Garnet Red (merah) dan Vintage Brown (coklat) pula disediakan untuk varian H dan AV.
  • Kami juga dimaklumkan Alza baharu ini menggunakan papan pemuka Toyota Veloz. Sebagai makluman, Perodua memang memasang Veloz di kilang Malaysia.
  • Ruang kabin tersedia penyaman udara di tempat duduk barisan kedua. Varian premium (AV) khabarnya mendapat sentuhan dwi-tona untuk upholsteri dan disediakan perehat lengan, termasuk brek parkir elektrik (EPB)

BACA >>> Tak Sempat Keluar Selamatkan Diri, Lelaki Rentung dalam Alza Terbakar

HARGA

  • Belum ada maklumat rasmi. Cumanya, ada laporan menyatakan harga jualan bermula serendah RM69,000 untuk varian X (asas). Mungkin varian H dijual RM74,000,manakala AV berharga mula RM80,000?
  • Model lama Alza cuma dijual serendah RM49,944-RM60,525 tanpa insurans dan pelepasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Jika tanpa pengecualian SST, harga adalah antara RM51,490-RM62,690.

BACA >>> Proton Daftar X80, X90, SUV Baharu dan Pengganti Exora Bakal Muncul?

SAIZ LEBIH BESAR?

Toyota Veloz
Toyota Veloz
Daihatsu Xenia
Daihatsu Xenia
  • Saiz Alza baharu dikatakan lebih besar dan dianggap mirip Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia. Ada juga sumber mendakwa Alza baharu ini lebih kecil daripada Toyota Veloz dengan saiz rim 16 inci, berbanding Veloz (17 inci)
  • Platform digunakan adalah versi terkini, iaitu Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA), dengan sistem pacuan roda depan (FWD).
  • Alza lama menggunakan casis berasaskan unibody dengan pacuan roda depan (FWD).

MASIH NAMA ALZA?

Sumber kami mengatakan nama Alza akan kekal digunakan, tetapi tetapi tidak mustahil diubah saat akhir. Malah model dalam kilang ketika ini sudah siap diletakkan plat nama Alza.

ALZA BAHARU LEBIH SELAMAT?

Perodua juga dijangka meningkatkan aspek keselamatan Alza baharu ini dengan sistem bantuan pemandu (A.S.A) dengan ciri Autonomi Tahap 2, termasuk memasang enam beg udara untuk varian premium.

BACA >>> Parkir Lama Bawah Matahari. 'Cover Dashboard' Alza Terbakar
BACA >>> Alza Pandu Bawah 50kmj Tetiba Terbabas, Netizen Syak Bukan-Bukan
BACA >>> Video Alza Pandu Perlahan Tetiba Terbabas Sampai Terbalik
BACA >>> Alza Kena Gesel Exora Sampai Tercabut Tayar

SUMBER: PaulTan

Related

9.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Harga Perodua Alza, Maklumat Perodua Alza Bocor, MPV, Perodua Alza (2023), Roda4

Comments

  1. Joi says

    May 29, 2022 at 12:20 PM

    Nice perodua
    Tapi better kalau CV-T tu tukar jadi DC-T
    Wish all the best for it n I can't wait to see that car on road

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev