SEORANG lelaki berdepan detik cemas apabila diserang sawan ketika sedang memandu hingga menyebabkan kereta Proton Waja dipandunya terbabas masuk ke dalam longkang.
Apa menyedihkan, ketika berdepan situasi getir itu, tiada yang datang membantu atau membuat panggilan kecemasan kerana menyangka pemandu tersebut sedang mabuk.
Kisah itu diceritakan seorang lelaki, Mady Abdul Sani yang meluahkan kekecewaannya terhadap sikap orang awam yang mementingkan diri dan dianggap sudah hilang rasa peduli terhadap manusia lain.
Menurut Mady, dia dimaklumkan kereta itu sudah berada dalam keadaan demikian sejak pagi lagi, tetapi tiada datang membantu sebelum kehadirannya kerana menyangka pemandu tersebut dalam keadaan mabuk.
Aku balik rumah hari ni dalam pukul 2.15 petang. Aku nampak satu kenderaan masuk dalam longkang. Bila aku teliti rupanya ada seorang lelaki berbangsa India tertunduk dalam kenderaan sambil tercungap-cungap.
"Aku didatangi beberapa warga indonesia memberi tahu kenderaan ni terbiar dari pagi lagi. Orang lalu lalang langsung tak peduli apa yang terjadi sebenarnya. Beratus kenderaan dan manusia lalu lalang di sini.
"Warga indonesia seorang tu kata 'India ni mabuk bang'. Aku sanggah. Aku tak rasa begitu. Di jalan yang lurus boleh melencong ke tepi lalu melanggar SUM longkang sampai macam tu sekali hingga masuk ke longkang. Mesti ada yang tak kena.
"Aku call pihak PDRM dan call 999 untuk bantuan ambulans. Ambulans dari HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) datang selepas 20 minit. Bila check tengok, rupanya mangsa terkena sawan dalam kenderaan ketika sedang memandu dan mengakibatkan berlakunya kemalangan.
"Apa yang aku kesalkan sini, beratus orang lalu lalang takde siapa peduli. Nampak saja kulit gelap bangsa India terus cop 'India Mabuk'.
Sangkaan aku benar, sama ada sakit jantung ataupun terkena sawan. Rupa-rupanya betui terkena sawan. Dan aku dapat tahu lagi, tadi tengah hari ada saksi memberitahu dah ada orang yang dah menjenguk, tetapi lepas tu mangsa dibiarkan begitu sahaja. Apa salahnya, call pihak polis atau pihak ambulans," katanya.
Sementara itu, rata-rata netizen berpendapat mungkin ramai yang menyangka kenderaan itu dibiarkan kerana pemandu itu lambat menerima bantuan atau bimbang menjadi mangsa sindiket penipuan.
Apapun, syabas dan terima kasih atas keprihatinan Mady membantu mangsa tersebut.
BACA>>> Penunggang Mengaku Tidak Bersalah Belasah Warga Emas
BACA>>> Kongsi Video Pemandu Myvi Cari Gaduh, Tapi Tak Sangka Sendiri Kena Kecam!
Leave a Reply