• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Mengaku Tidak Bersalah Belasah Warga Emas

Penunggang Mengaku Tidak Bersalah Belasah Warga Emas

May 26, 2022 By Farah Leave a Comment

612
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENUNGGANG motosikal yang tular dalam video membelasah warga emas di Padang Jawa, Selangor beberapa hari lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Shah Alam, hari ini atas pertuduhan sengaja mencederakan seorang lelaki warga emas, Ahad lalu.

Tertuduh, Muhammad Zulkifli Che Su, 24, membuat pengakuan itu di depan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas pertuduhan dibacakan.

BACA>>> Belasah Warga Emas: Anak Nafi Bapa Langgar Suspek, Tunjuk Jari Tengah
BACA>>> Penunggang Balun Warga Emas Tengah Jalan di Padang Jawa Dicekup Polis

Mengikut pertuduhan, Muhammad Zulkifli, yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat automatif, melakukan kesalahan tersebut terhadap Zainol Din Hussein, 61, di Jalan Padang Jawa, Shah Alam, pada jam 12 tengah hari, 22 Mei lalu.

Atas kesalahan itu, tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur mencadangkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin, dan meminta tidak mengganggu mangsa. Peguam yang mewakili tertuduh, Abi Mursyidin Awal merayu anak guamnya diberi ikat jamin rendah kerana hanya bekerja sebagai mekanik selain perlu menanggung ibu bapa di kampung,

Justeru Majistret Muhammad Syafiq membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan dicadangkan pihak pendakwaan. Sebutan kes disebut semula pada 3 Julai depan.

Terdahulu, tular aksi seorang penunggang motorsikal membelasah seorang lelaki warga emas dengan duduk atas badan mangsa sambil menumbuknya berulang kali.

Punca kejadian dipercayai mangsa terlanggar motorsikal tertuduh. Namun dinafikan mangsa, termasuk muncul dakwaan mangsa menunjukkan isyarat jari lucah. Kes menjadi lebih panas, apabila penduduk Padang Jawa tidak berpuas hati dengan tertuduh yang dianggap biadap memukul warga emas.

BACA >>> #SembangDeras: Trend Pelekat Lucah, Pemandu Tak Rasa Malu Ke?

SUMBER: SHarian

Related

612
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, belasah warga emas, Padang Jawa, Penunggang Belasah Warga Emas, penunggang motorsikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev