• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kymco K Rider 400 (2022) dengan Enjin Kawasaki Muncul di Taiwan, Harga RM23k!

Kymco K Rider 400 (2022) dengan Enjin Kawasaki Muncul di Taiwan, Harga RM23k!

May 26, 2022 By Shawkath 1 Comment

351
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal Taiwan, Kymco memperkenalkan naked bike Kymco K Rider 400 (2022) yang dilihat bakal memberi saingan langsung kepada Honda CB500F dan Kawasaki Z400.

K Rider 400 (2022) boleh dilihat sebagai produk pembangunan semula Z400 yang menggunakan trenkuasa sama, tetapi mendapat sentuhan teknologi Kymco.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Maksud di Sebalik Singkatan Jenama Motosikal Popular Dunia

Motosikal edisi 2022 itu didatangkan dalam tiga warna pilihan, iaitu merah, perak dan hitam pada harga NT$155,480 (RM23,200).

Model itu menggunakan sepasang lampu utama LED dengan sistem suspensi fork terbalik (USD) dan set brek naik taraf baharu untuk  ekstra keselamatan.

K Rider 400 dilancarkan pada 2016, manakala model edisi 2022 ini ialah versi naik taraf daripada model dipertingkat pada 2020. Trenkuasa 4-silinder 399.1cc penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 43.5hp @ 9500rpm dan tork 37Nm @ 7500rpm. Enjin ini turut digunakan dua odel Kawasaki Z400 dan Ninja 400.

BACA >>> Kawasaki Tiada Rancangan Hasilkan Moped, Ini Sebabnya....

Frem jenis keluli trellis dengan sistem suspensi Kawasaki menerusi fork USD emas di depan dan monoshock boleh laras 7-tetapan di belakang.

Sistem brek menggunakan unit brek cakera kembar 300mm (depan) dan cakera tunggal 240mm (belakang) dengan kaliper Kymco, serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran Bosch sebagai ciri standard.

Ciri lain ialah panel meter LCD, port USB dan kapasiti tangki minyak 15 liter, manakala berat motosikal 205kg.

BACA >>> Orang Kuat Kawasaki Jepun: "Penunggang Motosikal Malaysia Suka Full-Terotal"
BACA >>> #TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Tuang Minyak Enjin Tanpa Corong? Mungkin Boleh Ikut Tip Ini!

SUMBER: GreatBiker | RushLane

Related

351
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: kawasaki z400, Kymco K Rider 400 (2022), Kymco Naked Bike, naked bike, roda2

Comments

  1. Jan says

    May 27, 2022 at 11:21 AM

    X lawa, nampak macam tnt25

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my