• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Iklan Komersil Hyundai Veloster, Dewa Kematian Muncul dan Ford Focus Jadi Mangsa

#Videotomotif: Iklan Komersil Hyundai Veloster, Dewa Kematian Muncul dan Ford Focus Jadi Mangsa

January 1, 2017 By Han Othman 1 Comment

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

iklan-hyundai-veloster
INI bukanlah iklan komersil baharu Hyundai Veloster. Cuma mahu berkongsi cerita, kadangkala, pengeluar automobil tidak perlu pun menghasilkan iklan komersil dengan memaparkan semua perkara, tetapi cukup saja menumpukan kepada ciri baharu atau paling istimewa yang ada pada model itu.

Jika ciri itu benar-benar hebat, iklan komersil yang dihasilkan pasti menyerlahkan lagi kehebatan tersebut. Lihat saja pada iklan Hyundai Veloster di bawah ini yang cukup kreatif. Tumpuan utama sudah tentu ciri tiga pintu (tidak termasuk but) yang ditawarkan.

GAMBARKAN DEWA KEMATIAN

https://st.automobilemag.com/uploads/sites/11/2015/02/2016-Hyundai-Veloster-Turbo-side-profile-in-motion-03.jpg
https://pictures.topspeed.com/IMG/crop/201502/2016-hyundai-veloster-tur-34_1600x0w.jpg

Sebagai makluman, kedudukan pintu ketiga atau pintu belakang Hyundai Veloster tidak diletakkan di belakang pemandu, sebaliknya di belakang penumpang depan. Ciri itu sengaja direka sebegitu sebagai langkah keselamatan, di mana penumpang belakang dipaksa keluar kereta mengikut pintu sebelah kiri atau bahu jalan (bagi kereta pemanduan tangan kanan) - iklan di bawah adalah sebaliknya.

Iklan tersebut menggambarkan Grim Reaper (dewa kematian atau malaikat maut) sedang menunggu mangsa yang mahu keluar dari kabin kereta. Lebih nakal, iklan pesaing yang dipaparkan itu ialah Ford Focus, di mana si wanita yang keluar dari model tersebut dirempuh kereta lain dari belakang.

Berbeza dengan Hyundai Veloster, si wanita tidak dapat keluar mengikut pintu belakang si pemandu kerana memang tiada pintu dan tuil pun. Mahu tidak mahu dia perlu keluar menngikut pintu bertentangan. Lucunya, Grim Reaper itu pula dilanggar kereta lain dari belakang.

Katanya, iklan ini diharamkan ditayangkan di siaran televisyen Belanda. Mujurlah kuasa Internet mengatasi segalanya. 😛

*Durasi video - 1:04

SUMBER: Point

Related

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Dewa Kematian, Grim Reaper, hyundai, Hyundai Veloster, iklan, iklan komersil, Malaikat Maut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev