• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 20 Kek Rosak Akibat Terkandas 4 Jam Kemalangan Jambatan Pulau Pinang

20 Kek Rosak Akibat Terkandas 4 Jam Kemalangan Jambatan Pulau Pinang

May 25, 2022 By Farah Leave a Comment

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA semalam tular kisah seorang graduan Universiti Sains Malaysia (USM) terperangkap dalam kesesakan di Jambatan Pulau Pinang hingga terpaksa meminta bantuan penunggang motorsikal menghantarnya ke majlis konvokesyen di kampus induk itu.

Kali ini, muncul pula kisah sedih melibatkan seorang gadis yang kecewa 20 kek dihasilkannya rosak akibat cair selepas terkandas empat jam di lokasi sama.

284079991_3323574054546723_7996665550086598483_n

Kisah itu dikongsi abangnya, Afif Fahimi Aco yang kini tular di media sosial hingga mengundang simpati ramai.

Dalam perkongsian itu, adiknya bergerak dari Acocade Bertam seawal jam 6.45 pagi ke majlis konvokesyen USM untuk menjual 20 kek yang siap didekorasi dengan konsep konvokesyen.

Bgaimnaapun, Kek yang diletakkan dalam but itu rosak kerana terlalu lama berada dalam kereta disebabkan kesesakan trafik luar biasa, kelmarin.

Terkandas 4 jam dalam jem di jambatan pulau pinang kerana eksiden lori pagi tadi.. Habih kek untuk jualan cair rosak.. 😭
20 biji kek jualan untuk konvokesyen USM rosak . Dugaan adik perempuan saya hari ni, tapi dia kental walaupun nampak je mata dia merah nangis dslam kereta tadi 🤣.  Air mata tu bukan putus asa, tapi tu lah air mata kekuatan dalam cabaran berniaga. Bertambah semangat dia.

"20 biji kek yg didekorasikan konsep konvokesyen dibawa dari Acocafe Bertam seawal 6:45 pagi, semuanya cair dan tak dapat dijual. Sebagai abang, kesianlah kan tengok hasil seni dan kerja keras adik perempuan saya macam tu, tapi bagi saya semua orang yang berjaya dalam business tiada jalan yang mudah .

"Sebagai orang muda, semangat dan tenaga kita muda, teruskan jangan kecewa. Dulu saya pun lalui bermacam dugaan, tapi Alhamdulillah semua pengalaman itulah yang menjadikan kita kental, lebih bijak atur taktikal, fikir plan kontigensi, susun dan atur. pengalaman adalah guru terhebat. Jangan putus asa! teruskan usaha, Allah janji ada hasil jika berusaha. Kepada adik saya Alia Musfirah Aco, terus usaha! Tiada kejayaan dengan jalan yang mudah," tulisnya.

Terdahulu, dua rakan sekerja maut apabila lori muatan serai dinaiki mereka merempuh sebuah treler berhenti di tengah jalan kerana mengalami kerosakan di Jambatan Pulau Pinang kira-kira jam 5.17 pagi, semalam.

Kemalangan berkenaan menyebabkan susur keluar Plaza Tol Sungai Dua menghala susur masuk Jambatan Pulau Pinang sesak teruk.

Pihak USM juga melewatkan upacara konvokesyen selama 30 minit bagi memberi ruang graduan yang lewat memandangkan kejadian luar jangka itu.

BACA>>> Jalan Sesak Akibat Kemalangan, Graduan USM Nekad Tahan Motor ke Majlis Konvo
BACA>>> Pemandu Lori, Kelindan Maut Rempuh Treler Rosak Atas Jambatan Pulau Pinang

Related

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jambatan Pulau Pinang, kek rosak sebab jem, Kemalangan Jambatan Pulau Pinang, kesesakan trafik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev