TENGKU Djan Tengku Mahaleel dan Mika Hakimi dari pasukan Prima Pearl TD Racing mencatat kemenangan berganda dalam GAZOO Racing Vios Sprint Cup selepas muncul juara dalam aksi perlumbaan Pertama (Race 1) dan Kedua (Race 2).
Formula kemenangan dalam saingan selama sejam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu adalah berada di tempat tepat dan melancarkan serangan tepat pada masa.
Mika, 18, mendahului saingan pada lap akhir hingga ke garisan penamat dalam Race 1 dan Tengku Djan, yang juga juara keseluruhan tiga kali Vios Challenge, mengulangi kejayaan sama dalam Race 2.
Cuaca Race 1 berlangsung dalam cuaca panas terik, manakala Race 2 terpaksa ditunda dua kali disebabkan hujan lebat, sekali gus menjadikan saingan lebih mencabar dalam trek sepanjang 5.543km itu.
BACA >>> Lebih 2 Juta Penonton Saksikan Aksi Dramatik Pusingan Kedua Vios Challenge 2021
Grid Race 2 disertai 19 kereta dengan 38 pelumba dengan memasukkan dua pelumba Laser Motor Racing, Eddie Liew dan Putera Adam. Dalam Race 1, Liew dan Putera terpaksa disingkirkan apabila jentera mereka berdepan masalah teknikal.
Perlumbaan diadakan dalam format terbalik dengan Tengku Djan dan Mika memulakan saingan Race 2 di grid keenam dengan penalti.
Grid pertama diisi pelumba Ady Rahimy dan Abdul Miqail, 16, diikuti pelumba Laser Motor Racing, Mark Darwin dan Bradley Benedict Anthony. Kedudukan ketiga grid dibarisi pelumba Axle Motorsports, Hayden Haikal dan Naquib Azlan yang menamatkan saingan Race 1 di tempat keempat.
Posisi keempat di grid mula ialah pelumba pasukan S&D Tama Motorsports, Tom Goh dan Freddie Ang yang juga pemenang ketiga saingan kelmarin.
BACA >>> Toyota Akan Lancar Generasi Baharu Vios Pada Ogos 2022?
SENARIO SAINGAN
Abdul Miqail memulakan saingan dengan baik, tetapi gagal mengekalkan kedudukan di depan apabila terkeluar trek pada lap kedua. Kesilapan itu membantu Naquib mendahului saingan yang diikuti rapat Bradley, Nabil dan Mika.
Kedudukan kekal hingga lap keempat apabila Bradley membuat kesilapan membrek yang menyaksikan dia dipintas Nabil dan Mika. Putera mencipta kejutan pada babak awal apabila mendahului saingan pada lap ke-7 selepas bermula dari posisi akhir dengan memintas 17 jentera.
BACA >>> Toyota Camry 2.5V (2022) Facelift dengan Kuasa 206hp Kini di Malaysia, Harga RM199k
Pelumba remaja itu mempamerkan aksi terbaik dan menjadi antara pelumba terakhir berhenti di pit untuk menukar pelumba, dengan menyerahkan tugas kepada Eddie ketika baki masa saingan cuma 30 minit.
Eddie mengetuai saingan 4.7 saat di depan Tengku Djan, manakala Hayden, Boy dan Mark merapatkan saingan sebagai lima pasukan teratas. Malangnya, Eddie gagal mempertahankan posisi pertama apabila dipintas Tengku Djan dan Boy.
Dalam saingan berbaki tiga lap, Tengku Djan meningkatkan momentum dan mendahului saingan dari posisi ketiga dengan mengulangi rentak dibuat Mika sehari sebelum, iaitu dalam Race 1.
Boy menamatkan saingan di tempat kedua, Hayden di posisi ketiga dan Eddie keempat, iaitu di depan pasukan M7 Japan Project Team (Fariqe Hairuman dan Tarmimi Tahang).
BACA >>> Wazi: Litar Lumba Boleh Pertingkat Skil Pengguna Jalan Raya, Kurangkan Kadar Kematian
Tengku Djan berkata;
Di akhir saingan, ia semua mengenai bekerja sebagai satu pasukan dan kedua-dua pemandu perlu ada rentak sama. Itu memberi anda peluang bersaing. Mika berjaya kekal cool sepanjang minggu perlumbaan dan memiliki ketangkasan. Kami bekerja sebagai satu pasukan, perlu berkongsi ilmu dan kamu tak mungkin melakukannya seorang diri.”
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, GAZOO Racing Vios Sprint Cup dan format perlumbaan satu jam dengan menukar pemandu memberikan dinamik perlumbaan baharu dalam saingan Vios Challenge kali ini.
Seperti anda tahu, UMW Toyota Motors melangkah ke sukan bermotor Malaysia dengan pengenalan siri perlumbaan jalanan.
“Kemudian berkembang hingga termasuk trek separuh dan penuh di Litar Sepang menerusi penganjuran perlumbaan malam dengan memperkenalkan program untuk membantu mencungkil bakat muda dan mewujudkan Kelas Rookie serta pembabitan dalam Perlumbaan Enduran 1000KM Sepang tahun lalu selain Vios Enduro Cup.”
Beliau berkata lagi, gabungan semua elemen itu selari usaha Toyota menyumbang kepada minat sukan permotoran untuk pasukan, pelumba, penonton dan peminat.
Saingan GAZOO Racing Vios Sprint Cup diadakan sempena Siri Kejuaraan Malaysia (MCS), membabitkan dua perlumbaan selama sejam pada hujung minggu. Setiap pasukan dengan dua pelumba bersaing menggunakan model Vios generasi ketiga untuk memburu hadiah berjumlah RM60,000.
Juara kedua-dua perlumbaan GR Vios Sprint Cup akan menerima tunai RM10,000, manakala Naib Juara membawa pulang tunai RM8,000. Hadiah tempat ketiga, RM6,000, manakala pemenang keempat dan kelima masing-masing bawa pulang RM4,000 dan RM2,000.
BACA >>> Kajian: Fakta Buktikan Naikkan Had Laju Mampu Kurangkan Kemalangan?
SENARAI PEMENANG PERLUMBAAN 2 GR VIOS SPRINT CUP
- Tengku Djan Ley dan Mika Hakimi (Prima Pearl TD Racing)
- Boy Wong dan Nabil Azlan (Axle Motorsports)
- Hayden Haikal dan Naquib Azlan (Axle Motorsports)
- Eddie Liew dan Putera Adam (Laser Motor Racing)
- Fariqe Hairuman dan Tarmimi Tahang (M7Japan Project Racing Team)
BACA >>> Saintis Israel Dakwa Berjaya Latih Ikan Emas Pandu 'Kenderaan'
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jaga Kesihatan Radiator Kereta Anda
Leave a Reply