POLIS memberkas suspek lelaki yang meragut rantai emas seorang wanita di Jalan Kuchai Maju 10, di Kuala Lumpur, kelmarin pada malam semalam, tidak sampai 24 jam selepas mangsa membuat laporan polis.
Mangsa, berusia 31 tahun, membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang, kelmarin yang mengadu didatangi penunggang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX hitam dari arah belakang yang meragut rantai emas dipakai.
Susulan laporan itu, polis menahan suspek lelaki tempatan berusia 33 tahun pada jam 10.15 malam semalam yang turut merampas barang-barang seperti pakaian, beg, telefon bimbit dan motosikal jenis Yamaha NVX, dipercayai digunakan ketika kejadian.
Siasatan awal mendapati suspek mengaku meragut rantai emas milik pengadu dan menjual di sebuah kedai pajak gadai di Bandar Sri Permaisuri Cheras dengan nilai pajakan RM600. Semakan polius juga mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah.
Suspek kini direman selama empat hari bermula semalam hingga 25 Mei ini untuk didakwa di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
BACA >>> Bikin Berdekah, Peragut Terpinga Mangsa Bawa Lari Motosikal
BACA >>> Peragut Panik Kena Jerit Sampai Jatuh Longkang
Leave a Reply