• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kementerian Kaji Mekanisme Subsidi Petrol untuk B40, RON95 Bakal Ikut Pasaran Global?

Kementerian Kaji Mekanisme Subsidi Petrol untuk B40, RON95 Bakal Ikut Pasaran Global?

May 21, 2022 By Wahid Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMENTERIAN Kewangan sedang mengkaji mekanisma baharu untuk memanfaatkan golongan pendapatan rendah atau B40. Ini kerana subsidi bahan api sedia ada lebih memanfaatkan golongan pendapatan tinggi atau T20).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kerajaan terpaksa membelanjakan terlalu banyak wang untuk subsidi bahan api.

BACA >>> Menteri: Kerajaan Akan Kaji Mekanisme Pemberian Subsidi Petroleum
BACA >>> #SembangDeras: Aduh, Kenapa RON95 Nak Kena Ikut Harga Minyak Dunia Pulak?

Subsidi tersebut bermanfaat kepada semua golongan rakyat Malaysia, tetapi Kerajaan menjangka membelanjakan RM30 bilion dalam bentuk subsidi untuk bahan api kenderaan, gas masak dan penjanaan elektrik tahun ini. Daripada jumlah itu, lebih RM15 bilion dimanfaatkan golongan T20 yang mana subsidi petrol Mac 2022 saja sudah menelan belanja lebih RM4 bilion.

Bagi RM1 dalam bentuk subsidi melibatkan 53 sen kepada golongan T20, manakala golongan B40 hanya menggunakan 15 sen," katanya.

Situasi berkenaan jadi lebih tenat dengan peningkatan harga petroleum dunia berikutan konflik Rusia ke atas Ukraine, dan kadar inflasi yang meningkat berkali ganda.

Subsidi produk petroleum pada Februari 2021 berjumlah RM200 juta. Tetapi bermula Januari 2022, subsidi meningkat kepada RM2 bilion dan RM4 bilion pada Mac."

"Apapun, Kerajaan akan melanjutkan subsidi bekalan elektrik bagi setengah tahun 2022 pertama, bermaksud tarif elektrik untuk semua rumah kecil dan besar tetap sama. Jumlah subsidi dijangka sekitar RM700 juta," jelas Tengku Zafrul.

Mungkinkah ini bermaksud harga petrol utuk RON95 akan dinaikkan mengikut harga pasaran?

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, Petrol Naik, Rasionalisasi Harga Petrol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev