• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Ron95, Diesel Tahun Baru Bakal Naik Tengah Malam Ini?

Harga Ron95, Diesel Tahun Baru Bakal Naik Tengah Malam Ini?

December 31, 2016 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

ron95-diesel-dijangka-naik-jan2017
MUNGKINKAH tengah malam ini harga petrol RON95 dan diesel bakal naik bermula esok? Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat setakat ini - yang biasanya diketahui sebelah malam - tetapi andaian mengenai kemungkinan peningkatan harga minyak itu dikiaskan Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam.

Lokman Noor berkata, peningkatan harga yang dibuat adalah seiring dengan harga pasaran minyak mentah dunia sepanjang Disember ini. Menurutnya, selain pengaruh Dolar Amerika ke atas Ringgit, harga minyak turut ditetapkan berasaskan purata harga bahan api di pasaran dunia sepanjang sebulan.

Berikut ialah kenyataan Lokman Noor di Putrajaya seperti dipetik Sinar Harian, semalam.

Maksud purata ialah harga daripada 1 hingga 31 haribulan dibahagi dengan 31 hari. Bukan mengikut harga hujung bulan seperti difahami sesetengah pihak.

"Pengukuhan Dolar Amerika berbanding Ringgit Malaysia juga menyebabkan kos pembelian minyak meningkat dan memberi kesan kepada penetapan harga bahan api negara ini. Harga runcit petrol dan diesel ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran bermula 1 Disember 2014 susulan kejatuhan harga minyak dunia ketika itu.

"Masih ramai tidak dapat menerima bahawa kerajaan perlu menghentikan pemberian subsidi secara pukal dan membantu mereka melalui pengagihan subsidi kepada kumpulan sasar yang betul. Subsidi pukal yang diberi sebelum ini bererti golongan kaya dan miskin menerima nilai subsidi yang sama.

"Contohnya, pada Julai 2014, bagi setiap liter RON95, kerajaan memberikan subsidi RM0.6843 seliter. Yang kaya menggunakan kuantiti minyak jauh lebih banyak berbanding yang miskin. Mereka yang miskin menggunakan kereta Kancil, setelah mengisi tangki mereka penuh dengan RON95, jumlah subsidi yang diterima hanyalah sekitar RM16.29.

"Mereka yang datang dari kelas menengah pula menggunakan Toyota Camry dan membelanjakan RM150 untuk mengisi penuh tangki mereka. Jumlah subsidi yang terpaksa kerajaan bayar kepada mereka adalah RM48.87, yang mana tiga kali ganda lebih besar daripada yang miskin tadi.

https://www.pru14.tv/wp-content/uploads/2016/10/Lokman-Noor-Adam.jpg
LOKMAN NOOR ADAM

Lokman Noor berkata lagi, berdasarkan kajian Kementerian Kewangan, Kerajaan membelanjakan 70 peratus daripada nilai subsidi untuk membantu golongan kaya dan hanya 30 peratus subsidi yang diberikan dalam bentuk RON95 dan diesel yang dinikmati golongan sasaran.

Pada masa sama, Lokman Noor berkata, di bawah sistem subsidi pukal, warga asing yang tinggal di Malaysia juga akan menikmati subsidi hasil daripada cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia. Setiap hari, terutama di hujung minggu, subsidi yang diberikan Kerajaan kepada rakyat Malaysia turut bocor kepada kenderaan Singapura, selain diseludup ke Thailand dan Filipina serta dijual di perairan antarabangsa.

Subsidi bererti bantuan, pertolongan dan pemberian daripada Kerajaan kepada rakyatnya. Jika ditanya siapakah yang patut mendapat pertolongan, sudah pastilah pertolongan itu perlu kita utamakan yang susah dahulu sebelum yang senang.

"Mestilah diberikan kepada rakyat kita, bukan warga asing."

SUMBER: Sinar Harian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Lokman Noor Adam, diesel, harga minyak Januari 2017, Ron95

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev