• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / LOM Pecah Rekod Perhimpunan Lamborghini Terbesar Malaysia Jun Ini!

LOM Pecah Rekod Perhimpunan Lamborghini Terbesar Malaysia Jun Ini!

May 19, 2022 By Farah Leave a Comment

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS hampir sedekad, kelab Lamborghini Owner Malaysia (LOM) kembali mengumpulkan pemilik supercar itu bagi memecahkan rekod 'Bilangan Lamborghini terbanyak dalam satu acara' yang pernah tercatat dalam Malaysia Books Of Records (MBR), tidak lama lagi.

Pada sembilan tahun lalu (2013), sebanyak 77 supercar Lamborghini berhimpun dalam satu perarakan yang membolehkan  ia diiktiraf dalam MBR. Kali ini, dijangka kira-kira 100 Lamborghini akan berkumpul bagi memecahkan rekod lama itu.

Presiden LOM, Roslan Rosdi berkata, acara kali ini ialah terbesar bakal dianjurkan kelab tersebut.

Roslan berkata;

Sepanjang sejarah LOM, kami menganjurkan banyak acara, sama ada perjalanan sehari singkat atau pemanduan panjang semalaman yang mana banyak acara kami melibatkan elemen amal dan kebanyakannya memberi sumbangan kepada rumah anak yatim dan membawa mereka menaiki kereta kami untuk sedikit keseronokan.

"Memandangkan kita sekarang boleh berkumpul dengan selamat, kami ingin meraikan kegembiraan pemanduan santai dan pada masa sama cuba memecahkan rekod sembilan tahun lalu sebagai sebahagian sambutan legenda Lamborghini yang ke-50."

BERTEMPAT

Dalam acara itu, ahli LOM akan berkumpul di kawasan parkir terbuka KLCC di depan Hotel Oriental pada 11 Jun (Sabtu) nanti bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Selepas melepasi rekod secara rasmi, ahli LOM akan bergerak ke Chateau, Bukit Tinggi untuk majlis makan malam gala di sana.

Dalam majlis itu, LOM akan menyerahkan sumbangan ahli dan rakan kongsi berjumlah kira-kira RM40,000 kepada empat wakil badan amal. Peminat House of The Raging Bull juga dijemput melihat varian vintaj yang jarang ditemui dan terkini seperti Lamborghini Gallardo MLE, Huracan Spyder, Urus SUV dan Aventador SVJ.

LOM ditubuhkan pada 2014, dengan jumlah keahlian awal cuma 50 orang, tetapi kini memiliki 150 ahli setia yang juga penggemar supercar dari Itali itu.

BACA>>> Gadis Nama Lamborghini Dedah Nama Abang, Kakak Pun Kereta Juga
BACA>>> Lelaki Kongsi Kos Baiki Lamborghini Sama Harga Myvi AV, Siap Bayar Tunai!

Related

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Acara lamborghini, Auto Terkini, Jualan Lamborghini, Lamborghini, Lamborghini Owner Malaysia (LOM), Malaysia Books Of Records (MBR), Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev