• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bezza Sondol Myvi Sampai Terpelanting, Tergolek Macam Tin Kosong - Netizen

Bezza Sondol Myvi Sampai Terpelanting, Tergolek Macam Tin Kosong - Netizen

May 18, 2022 By Farah Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU rakaman video tular mengenai kemalangan membabitkan sebuah Perodua Bezza, Perodua Myvi, dan Honda CR-V di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Nilai, Negeri Sembilan, pada Isnin lalu.

Dalam klip video itu, Bezza tersebut cuba menyelit antara Myvi dan CR-V di depannya, tetapi tersondol belakang Myvi hingga kedua-duanya hilang kawalan.

BACA >>> Budak 4 Tahun Maut, Treler Terbabas Masuk Laluan Bertentangan Hentam Bezza

Myvi putih yang dilanggar Bezza terbabas, hingga  berpusing 90º ke kiri jalan sebelum terhenti di lorong kecemasan, sebaliknya Bezza yang melanggarnya terpelanting dan bergolek beberapa kali dan berhenti dalam keadaan senget menegak.

Turut mencuri perhatian, tindakan pemandu CR-V mengelak daripada terlanggar Myvi yang terbabas menghalang laluan di depannya. Tidak kurang juga, penunggang Grab Food yang terselamat dalam nahas tersebut walaupun berada di belakang Bezza tersebut.

Namun, ramai berteka-teki sama ada pemandu Bezza itu mengantuk atau memandu terlalu laju hingga menjadi punca nahas tersebut. Melihat impak kemalangan itu, pasti pemandu dan penumpang dalam kenderaan cedera.

Dia punya terpelanting tu macam tin kosong bergolek , alah alah 😩 harap semua selamat la," kata Shieyra Abdullah.

"Panjang umur rider motor tu, nasib baik sempat elak, semoga tiada kecederaan serius, berhati-hati di jalan raya. Semoga kita semua dilindungi," kata CWing Wong.

"Driver CRV hitam tu skill defensive driving dia memang hebat...boleh elak 2 kali dari langgar Myvi yang tengah spinning," kata Megat Zulkarnain MH.

"2, 3 Kali ulang, perhati City dan Crv tepi tu...Elok brek melekat. Skill pemanduan 👍. Rider pun rilek terus jalan macam tak da apa," kata Nor Asiah Bachok.

BACA>>> Video Bezza Hitam Langgar Lari di Lorong Motor
BACA>>> #ApaNakBuat: Tip Elak Kereta Panas Berbahang Apabila Parkir di Luar

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bezza, Bezza sondol Myvi, kemalangan, Myvi, Perodua Bezza, Perodua Myvi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my