KERAJAAN Negeri Perak bersetuju dengan cadangan projek pembinaan jalan pintas dari Gopeng ke Kuala Kangsar tanpa perlu melalui Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebagai langkah mengurangkan kemalangan jalan raya di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Kerajaan Negeri menyokong projek itu yang melibatkan laluan sepanjang 64km melalui susur keluar Gopeng hingga Siputeh dan bersambung ke Kuala Kangsar.
Jarak melalui jalan itu sedikit panjang, tetapi masa diambil tidak lama kerana tidak melalui bukit. Kerajaan Negeri menyokong sepenuhnya cadangan tersebut kerana projek ini di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan tidak menggunakan dana Kerajaan.
"Dalam tempoh setahun, syarikat berkenaan berjaya menguruskannya dengan berjumpa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk perbincangan lanjut," katanya.
Saarani berkata lagi, syarikat yang menguruskan projek itu sudahpun mendapat kelulusan Kerajaan sejak April lalu dan sedang mencari pembiaya dalam tempoh dua tahun sebelum kerja pengambilalihan tanah dan pembinaan dilakukan.
Saarani berharap projek berkenaan dapat mengurangkan kemalangan kerana laluan di situ yang berisiko, iaitu berbukit, curam dan sesak. Jika kesesakan dikurangkan, ia juga diharapkan dapat mengurangkan risiko kemalangan.
Pada Rabu lalu, Malaysia digemparkan nahas melibatkan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAAS) yang rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan membabitkan dua treler. Insiden itu berlaku berdekatan Terowong Menora di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar.
BACA >>> 5 Sekawan Pelajar Universiti Rentung, Kereta Terbakar Kemalangan dengan Dua Treler
BACA >>> Video Penumpang Bas Menari Ulek Mayang, Dipercayai Dirasuk
SUMBER: Bernama
Leave a Reply