• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bas Tak Daftar Dua Tahun Tiba-Tiba Terbakar di Indonesia

Bas Tak Daftar Dua Tahun Tiba-Tiba Terbakar di Indonesia

May 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAS henti-benti, atau dipanggil Bas Antara Lintas Sumatera (ALS) untuk laluan Medan-Semarang terbakar di Jalan Lintas Sumatera, pagi Jumaat lalu.

Portal Kompas melaporkan bas itu disambar api di Nagari Tanjung Lolo, Daerah Tanjung Gadang, Kabupaten Sijunjung di Sumatera Barat. Bagaimanapun, kebakaran bas dengan 46 penumpang itu itu tidak meragut sebarang nyawa. Semua penumpang, termasuk pemandu dan pemandu kedua dapat diselamatkan serta dibawa keluar.

BACA >>> Huru-Hara di Genting Highlands, Kereta Terbakar Mengundur Turun Bukit
BACA >>> Pemandu Tersepit Selepas Terbabas, Rentung dalam Kereta Terbakar

Pihak berkuasa masih menunggu penjelasan lanjut mengenai punca kebakaran, dan buat masa ini, polis masih menyiasat. Pemandu bas ALS, Elfian Lubis berkata, enjin bas meletup ketika memandu:

Ketika memandu, enjin bas meletup. Saya berhenti (dan keluar) tengok enjin dari belakang (kenderaan). Pada ketika itu, enjin sedang terbakar.

“Ketika berhenti di bahu jalan, enjin masih tidak boleh dimatikan kira-kira 10 minit. Apabila enjin terbakar, penumpang tidak sedar apa sedang berlaku. Saya segera jerit minta (mereka) keluar dari bas kerana ada penumpang sedang tidur," katanya.

BACA >>> #TahukahAnda: Berapakah Jenis Lesen Memandu di Malaysia?

Berdasarkan semakan nombor pendaftaran, tempoh sah bas itu sudah tamat sejak 1 April 2020, sudah lebih dua tahun. Pemilik Syarikat Pengangkutan Sumber Alam, Anthony Steven Hambali berkata, ada bas awam yang tidak lulus ujian pemeriksaan masih beroperasi di jalan raya Indonesia.

Menurutnya, bas seperti itu sangat berbahaya berada atas jalan raya kerana berisiko menggunakan komponen tidak sah digunakan dan tidak diketahui boleh menyebabkan kemalangan kebakaran seperti bas terbakar, kegagalan brek dan sebagainya.

BACA >>> #FaktaAtauAuta: Botol Air Mineral dalam Kabin Punca Kereta Terbakar?
BACA >>> Cepat Berhenti Kalau Nampak 3 Indikator Amaran Ini!
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?

SUMBER: Kompas

Related

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alwi Matondang, Anthony Steven Hambali, autoterkini, Bas Antara Lintas Sumatera (ALS), Bas Terbakar, Elfian Lubis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my