• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 5 Kereta Bajet untuk Mereka yang Baru Hendak Mula Berniaga

5 Kereta Bajet untuk Mereka yang Baru Hendak Mula Berniaga

December 29, 2016 By Azhan O 20 Comments

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN amat penting kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Kalau boleh, dengan belanja terhad, kereta bajet itu mestilah yang paling lasak dan menjimatkan. Lebih bagus kalau kereta bajet itu boleh digunakan sebagai kenderaan sendiri.

Di bawah ini kami senaraikan 5 kereta bajet kepada anda yang baru memulakan perniagaan kecil atau sederhana. Selepas sudah maju, bolehlah naik taraf kepada kereta baharu yang lebih baru dan moden. Tetapi ok juga kalau kekalkan saja kereta lama tu. Boleh modify cantik-cantik untuk jadi kenangan zaman susah.

1. NISSAN VANETTE

nissan-vanette-1
nissan-vanette-2

Sangat popular di kalangan peniaga pasar malam dan pekerja kontraktor. Malah, suatu masa dulu pernah mengecap kemasyhuran sebagai pengangkutan sewa nombor satu di Langkawi. Rahsianya tidak lain ialah versatiliti dan realibiliti yang ditawarkan van ini. Cukup lasak untuk melakukan kerja tugasan berat seperti memuatkan pelbagai jenis barangan dan peralatan perniagaan, termasuk membawa pekerja.

Nissan Vanette masih lagi relevan dijadikan kereta rasmi untuk memulakan perniagaan kecil dan sederhana. Dijual pada pelbagai harga di pasaran mengikut tahun pengeluaran, perbatuan dan kondisi semasa. Dalam kondisi baik, van ini boleh dimiliki pada harga serendah RM5,000.

2. PERODUA RUSA

perodua-rusa-1
perodua-rusa-2

Perodua Rusa ialah satu-satunya kenderaan pberstatus van yang pernah dikeluarkan syarikat automotif tempatan itu. Model ini sangat terkenal sebagai van pasar malam. Kapasiti ruang belakang yang luas membolehkan kita memuatkan banyak barangan perniagaan dalam pelbagai jenis dan saiz.

Jangan terkejut, van ini dalam kondisi baik boleh dimiliki pada harga bawah RM5,000 sahaja. Jika ada bajet lebih, tambah lagi RM5,000 sudah lebih daripada cukup untuk anda buat beberapa kerja baik pulih dan penyenggaraan, termasuk kemasan luaran dan dalaman.

3. TOYOTA LITEACE

toyota-liteace-1
toyota-liteace-2

Sama popular dan hebat seperti pesaingnya, Nissan Vanette. Nama pun Toyota, sudah tentu tidak perlu dipertikaikan lagi perihal ketahanan dan kelasakan. Memang cukup lasak untuk dilenjan tanpa terlalu risaukan hal-hal penyenggaraan yang rumit dan mahal.

Toyota LiteAce boleh dikatakan digunakan dalam pelbagai sektor perniagaan yang membabitkan tulang empat kerat. Harga jualan pula berlegar sekitar RM5,000-RM10,000. Belilah ikut keperluan perniagaan anda.

4. TOYOTA HIACE

toyota-hiace-1
toyota-hiace-2

Toyota Hiace ialah abang kepada LiteAce dan ada di pasaran dalam pelbagai versi sama ada van, pikap atau lori 1 tan. Boleh dibuat mengisi barang perniagaan jenis jualan produk, atau servis seperti pindah rumah dan hantar barang, atau pengangkutan membawa budak sekolah dan pekerja kilang.

Bergantung kepada tahun dan kondisi, Toyota Hiace terpakai boleh dimiliki dengan anggaran belanja bajet kecil antara RM5,000 hingga RM15,000.

5. RENAULT KANGOO

renault-kangoo-1
renault-kangoo-2

Walaupun memiliki rupa aneh seperti seekor mentadak, Renault Kangoo sebenarnya ialah kenderaan tahan lasak dan menjimatkan. Berbanding kenderaan bajet lain di atas, Kangoo tampil dengan praktikaliti tipikal sebuah van dan pada masa sama memberikan gaya sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) moden. Saiz juga lebih kompak.

Menawarkan versi diesel dan petrol, Kangoo didatangkan dengan varian kereta biasa dan kenderaan komersil berstatus van panel (tanpa tingkap dan kerusi belakang). Jika beli versi biasa pun, kita masih boleh menanggalkan kerusi belakang dengan mudah.

Renault Kangoo berharga sekitar RM5,000 dan ke atas dengan tahun pengeluaran tidak sampai 20 tahun pun.

Kerja penyenggaraan mungkin memerlukan lebih perhatian dan pergi ke bengkel pakar. Tetapi tidak perlu ragu lagi mengenai ketahanan dan kelasakan kereta ini. Jika perasan, Kangoo banyak digunakan premis perniagaan seperti ejen kawalan serangga perosak, kontraktor pembinaan dan agensi penghantaran atau kurier. Boleh juga dibuat kenderaan peribadi.

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: kenderaan bajet, kereta bajet, kereta peniaga kecil, kereta untuk peniaga, Nissan Vanette, perodua rusa, Renault Kangoo, Toyota Hiace, Toyota LiteAce

Comments

  1. Alice says

    July 4, 2018 at 12:17 AM

    Says mencari van auto second hand untuk baru berniaga Kat pasar malam.
    Bole tlg cari kan?

    Reply
    • Nazarismail says

      November 1, 2019 at 2:33 PM

      sy van nissan

      Reply
  2. Norhayatie says

    June 25, 2019 at 9:23 PM

    Saya sedang mencari van toyota hiace window diesel segera hendak bawa bdk sekolah pm saya 0127024767

    Reply
  3. kamaliasuriya says

    July 4, 2019 at 12:41 PM

    saya sedang mencari perodua rusa yang sperti encik promote tu dalam harga 5k..boleh pm saya ke kalau ada yang nk jual dalam harga tu

    Reply
  4. Kamal says

    July 30, 2019 at 8:52 PM

    Sedang mencari van ford transit

    Reply
  5. Azmi says

    November 22, 2019 at 7:56 PM

    Hi sy mencari Van Toyota hiace window jika masih ada bole hubungi sy Di talian 01139512851 buget sy bwh 18k

    Reply
  6. Ramesh says

    June 19, 2020 at 10:47 PM

    Saya mencari van panel untuk sambung bayar

    Reply
  7. marnia says

    June 25, 2020 at 2:53 AM

    hai saya nak tanya van peroduo rusa masih ada tak? dan macam mana saya nak berhubung dengan owner nya?

    Reply
  8. Adham says

    June 29, 2020 at 3:57 PM

    Nak cari panel sambung bayar

    Reply
  9. Mohd says

    July 4, 2020 at 11:23 PM

    Saya sedang mencari van toyota hi ace diesel....sambung byar pun boleh...janji..bayaran deposit rendah...bayaran bulanan ..hanya rm 450 .. ke bawah

    Reply
  10. Rathi says

    July 25, 2020 at 12:55 PM

    Sedang mencari van

    Reply
  11. Mogan says

    September 12, 2020 at 3:56 PM

    Sedanf mencari van panel

    Reply
  12. amey says

    October 1, 2020 at 1:34 PM

    Renault Kangoo
    saya berminat... boleh PM tak...?

    Reply
  13. Gee says

    October 26, 2020 at 2:04 AM

    Sy ingin mencari van 5k kebawah,xkira la van apa,kalau ada bg tahu saya ok,0107782606

    Reply
  14. EDRIN EFREN says

    December 7, 2020 at 12:28 PM

    Nak cari van murah2 bajet is 3000-5000,area melaka

    Reply
  15. Saufi bin Mohd Noh says

    December 22, 2020 at 6:12 PM

    Saya nak trek in kereta kenari special adision nak ambik van yang jimat minyak utk nak buat berniaga di pasar tani di Johor Bahru

    Reply
  16. Subri says

    February 16, 2021 at 8:02 PM

    Saya ingin mencari perodua rusa tpi bejet yg sya ada skg rm4000 sahaj..boleh tolong cari kan sya perodua rusa bajet rm4000
    Ini no sya; 0137342487

    Reply
  17. Nasir piut says

    March 29, 2021 at 4:52 PM

    Saya ingin mencari vannete,tapi bajet sy ada skrg rm4000 sahaja,boleh tolong carikan sya vannete bajet rm4000 ,ini no phone 0109311492

    Reply
  18. Muhhammad afiq bin mamat says

    July 20, 2021 at 4:30 PM

    Saya mencari van untuk berniaga dan bawa pekerja,bajet dalam 5k kebawah

    Reply
  19. angah says

    June 15, 2023 at 12:55 AM

    saya mencari vanette rm5k kadar segera. siap tukar nama

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev