• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Budak 4 Tahun Maut, Treler Terbabas Masuk Laluan Bertentangan Hentam Bezza

Budak 4 Tahun Maut, Treler Terbabas Masuk Laluan Bertentangan Hentam Bezza

May 12, 2022 By Farah Leave a Comment

279
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dalam kemalangan apabila Perodua Bezza dinaiki bersama ibu dan kakaknya terbabit dengan kemalangan dengan sebuah treler di KM54.1 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Pek, Machang, Kelantan, malam tadi.

Dalam insiden jam 7.30 malam itu, mangsa parah di badan, manakala ibu dan anak sulungnya cedera.

Polis berkata, nahas berlaku ketika hujan apabila treler muatan kereta dipandu lelaki berusia 44 tahun hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Insiden berlaku apabila bahagian ekor treler menghentam bahagian kepala treler ketika pemandunya membrek perlahan, namun hingga kenderaan berat itu memasuki laluan bertentangan. Kebetulan, Bezza dari arah bertentangan yang dipandu seorang wanita berusia 33 tahun bersama dua anaknya , masing-masing berusia 4 dan 6 tahun, dilanggar dan diheret ke kiri jalan.

Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan, dan mangsa cedera dihantar ke Hospital Machang untuk dirawat.

Punca kejadian dipercayai kecuaian pemandu treler yang gagal mengawal kenderaan berat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA>>> 5 Pelajar Universiti Rentung, Kereta Dinaiki Kemalangan 2 Treler
BACA>>> Terbabas Langgar Triton, Suami Isteri Maut Balik Hantar Anak Belajar di Kedah

Related

279
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bezza, kemalangan jalan raya, kemalangan treler, treler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev