YAMAHA 135LC Fi (2022) sebelum ini diumumkan sebagai motosikal eksklusif untuk pasaran Malaysia. Bagaimanapun, status kapcai itu mula dipersoalkan nerizen selepas penemuan dokumen paten motosikal dengan rekabentuk sama di Indonesia.
Faktanya, dokumen dan permohonan paten itu sebenarnya dikemukakan Yamaha Motor Corporation (YMC) lebih awal sebelum kapcai eksklusif itu dilancarkan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
BACA >>> Yamaha Daftar Paten Jupiter MX Facelift di Indonesia, Rekabentuk Mirip 135 LC Fi (2022)
Jom baca penjelasan HLYM selepas mereka mendapat pengesahan daripada YMC:
- Moden motosikal dipatenkan YMC di Indonesia memiliki rekabentuk sama seperti 135LC Fi (2022) versi Malaysia.
- YMC mengemukakan permohonan paten di negara pasaran utama Asean, termasuk Indonesia, Vietnam, Filipina dan Thailand. Langkah itu dikatakan praktis biasa untuk model baharu yang bakal dilancarkan.
- Tujuannya, untuk menghalang mana-mana pengeluar lain daripada meniru rekabentuk 135LC Fi dan kemudian menjualnya di pasaran negara masing-masing.
- HLYM juga mengesahkan tiada rancangan untuk mengeksport 135LC Fi ke Indonesia dalam masa terdekat.
BACA >>> HLYM Lancar Yamaha 135LC Fi (2022), Harga Mula RM7.7k!
BACA >>> Yamaha 135LC Fi (2022) Dicipta Khas untuk Malaysia, HLYM Jawab Kenapa Tiada Klac Tangan
BACA >>> Yamaha 135LC Versi Karburetor Masih Jual, HLYM Jamin Alat Ganti Kekal Ada untuk 10 Tahun
BACA >>> #Perbandingan: Yamaha 135LC Karburetor (2021) vs 135LC Fi (2022), Apa Berubah?
Leave a Reply