TULAR di media sosial rakaman kamera pemuka (dashcam) menyaksikan insiden anggota polis trafik mengasari pesalah trafik ketika melakukan sekatan jalan raya (SJR) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Dalam klip video itu, seorang anggota polis dilihat memukul dan menyepak seorang lelaki di sisi sebuah kereta.
Susulan tular video tersebut, satu kertas inkuiri polis dibuka dan anggota terlibat sudah ditukarkan ke bahagian pentadbiran serta-merta.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, insiden itu melibatkan enam pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.
Setakat ini semua pegawai dan anggota trafik yang terbabit dipindahkan ke bahagian pentadbiran dan dilucutkan sementara daripada menjalankan tugas hakiki.
"Polis Pulau Pinang akan menjalankan siasatan telus dan memberikan keadilan kepada semua pihak terbabit," katanya.
Sementara itu, mangsa terlibat dalam insiden itu sedang dikesan bagi membuat laporan berhubung kejadian tersebut. Ketika insiden, pesalah trafik itu ditahan dalam Op Mabuk menerusi Ops Selamat 18 di kawasan Bukit Mertajam.
BACA>>> Pemandu Direman Halang Polis Iring VIP
BACA>>> Nak Elak Sesak Punya Pasal, Sekali Waze Bawa Redah Hutan
SUMBER: HMetro
Leave a Reply