• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / LiveWire S2 Del Mar Launch Edition (2023) Edisi Terhad Habis Ditempah dalam 18 Minit!

LiveWire S2 Del Mar Launch Edition (2023) Edisi Terhad Habis Ditempah dalam 18 Minit!

May 11, 2022 By Shawkath Leave a Comment

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARLEY-DAVIDSON mula meneroka segmen motosikal elektrik dengan pengenalan model LiveWire sejak 2019 dan LiveWire One sekitar Julai tahun lalu, termasuk mengumumkan jenama itu akan berdiri sendiri.

LiveWire kini memperkenalkan model motosikal elektrik kedua, S2 Del Mar (2023) yang hadir dengan rekabentuk urban street tracker. Berikut perinciannya:

BACA >>> Harley-Davidson Livewire dengan Gear Menderum Kini Boleh Ditempah, Harga RM122k!
BACA >>> Harley-Davidson Dedah Butiran Lengkap Model Elektrik, LiveWire

LiveWire S2 Del Mar - 3
LiveWire S2 Del Mar - 6
  • Ada dua dua varian diperkenalkan: Launch Edition (LE) dan Standard.
  • Harga varian LE: AS$17,699 (RM77,600), manakala varian Standard: kira-kira AS$15,000 (RM65,760).
  • Hanya 100 unit LE ditawarkan dan semua unit habis ditempah dalam masa 18 minit selepas pratempahan dibuka.
  • Bagaimanapun, pembeli masih boleh mengisi nama dalam senarai menunggu jika ada pelanggan membatalkan tempahan.
  • Perbezaan varian LE dan Standard ialah cat menggunakan tangan, liveri eksklusif dan rekaan rim aluminium berbeza.
  • Penghantaran varian LE dijadualkan bermula 2023, manakala pengeluaran varian Standard juga dijangka bermula tahun depan.
https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/05/livewire_delmar_main_desktop.mp4
  • Model elektrik itu menggunakan platform middleweight baharu, S2 Arrow yang dibangunkan di LiveWire Labs di California, Amerika Syarikat.
  • Platform modular baharu itu membolehkan motor elektrik, sistem elektronik dan bateri disepadukan sebagai struktur casis motosikal.
  • Rekabentuk modular platform itu memudahkan proses pemasangan, iaitu 44 peratus lebih pantas berbanding model LiveWire One.
  • LiveWire juga bakal gunakan platform sama untuk pembangunan model lain.
  • Pek bateri besar mengandungi 21,700 sel, iaitu format popular seperti digunakan Tesla dan Samsung.
  • Unit kuasa elektrik terdiri daripada komponen kawalan motosikal, inverter dan pengecas atas papan (onboard).
  • Boleh dicas menggunakan Level 1 dan Level 2, tetapi LiveWire belum mendedahkan tempoh masa diperlukan untuk proses mengecas bateri.
LiveWire S2 Del Mar - 5
LiveWire S2 Del Mar - 8
  • Hantaran pacuan unit motor elektrik ke roda berlaku secara langsung, dan tiada penggunaan gear kedua untuk memaksimumkan hantaran tork, lebih cekap dan kurang bising. Trenpacu masih berasaskan tali sawat.
  • Suspensi belakang dipasang pada motor elektrik untuk mengurangkan penggunaan frem tambahan.
  • Swingarm tidak simetri bentuk bumerang digunakan sebelah kanan dan jenis lurus di sebelah kiri.
  • Berat sebenar motosikal belum diketahui, tetapi LiveWire mendakwa mahu membina sekitar 195kg (430 paun).
  • LiveWire meletakkan sasaran output kuasa 80hp dengan pecutan 100kmj dalam masa 3.5 saat, manakala jarak tunggangan dalam bandar 160km.
  • Ada empat mod pilihan, termasuk mod kustom dengan naik taraf perisian menerusi Over-the-Air (OTA). Tiada maklumat jenis mod ditawarkan.
  • Menggunakan rim 19 inci depan dan belakang dengan tayar Dunlop DT1.
  • Bar hendal gaya tracker dengan cermin sisi dipasangkan di hujung.
  • Peg kaki diposisi sebelah unit motor.
  • Lampu depan bentuk silinder horizontal dengan lampu signal belok capang.

Jika diteliti pada slaid di atas, arkitektur S2 (System 2), ada dua lagi model bakal tiba. LiveWire juga memberi bayangan model S1 yang akan diposisi bersama LiveWire One. Portfolio juga mendedahkan S3 dengan tiga model menggunakan platform Arrow.

BACA >>> Paten Motosikal Elektrik Harley-Davidson Didedahkan
BACA >>> #Spyshot: Foto Harley-Davidson 500cc Dikesan
BACA >>> Harley-Davidson Paling Mampu Milik Lancar Tahun Ini?
BACA >>> #TahukahAnda: Ini 8 Inovasi Motosikal Moden yang Anda Perlu Tahu

SUMBER: LiveWire | Motorcycle

Related

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Harley-Davidson, LiveWire Labs, LiveWire One, LiveWire S2 Del Mar, roda2, S2 Arrow

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev